06 Februari 2016 | AEIZA HASSAN
Gelombang anak muda menolak Umno tidak boleh dipandang ringan pemimpin parti itu.
Saya bukanlah anak Kedah. Cuma saya ingin berkongsi rasa dan menyatakan apa yang terbuku dalam hati saya kerana saya adalah anak muda yang berdarah Umno.
Apa yang berlaku selama dua minggu ini benar-benar merenggut ketenangan saya sebagai anak kelahiran Pulau Pinang. Apa yang terjadi, diluar batas pemikiran saya.
Terkejut...
Kecewa...
Sedih...
Hiba...
Sayu...
Semua perasaan bercampur baur.
Saya sempat berbual melalui telefon dengan salah seorang Ketua Umno Bahagian dari Kedah ketika beliau dalam perjalanan ke Hotel Grand Alora pada hari PC (sidang akhbar) Ketua-ketua Umno Bahagian menyatakan hilang sokongan kepada Mukhriz Mahathir.
Saya tanya apa yang berlaku?
Jawab beliau...
'MB kurang memberi'.
Tanya saya...
'Kurang memberi apa lagi? Projek? Tender ataupun jawatan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) Negeri?'
Dia hanya menjawab...
'Aeiza tak faham...'
Tetapi akhirnya beliau mengaku bahawa ketua-ketua bahagian diberi RM50,000 sebagai saguhati kerana hadir ketika PC di Hotel Grand Alora. Dan juga RM5,000 kepada ketua-ketua sayap bahagian.
Semurah tu nilai maruah ketua-ketua bahagian dan sayap di Kedah walaupun ada yang mengaku tidak tahu tujuan PC diadakan.
Jadi kami cuma minta fahamkan kami... Berikan alasan mengapa?
Kami tidak akan menolak jika ianya memberi kebaikan kepada parti tetapi jika membuatkan sebuah negeri kembali kalah ke tangan pembangkang jadi untuk apa?
Untuk apa jika ianya mendatangkan musibah malah perpecahan kepada parti?
Persoalannya yang paling misteri, kenapa sekarang?
Ditengah Umno sendiri terpalit dengan pelbagai isu yang tidak dijawab, ditambah lagi isu yang bisa membangkitkan kemarahan rakyat terutamanya anak muda?
Paling ketara, Ketua-ketua Bahagian ini menyatakan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar dan bukannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.
Bukannya Adun BN yang menyatakan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar tetapi Ketua-ketua Bahagian.
Kemudian barulah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan kejar seorang demi seorang Adun BN dan meminta mereka menandatangani surat Akuan Berkanun sehinggakan YB Datuk Sabrina juga menandatangani surat berkenaan walaupun ditahan dalam wad di Hospital KPJ, Bandar Perda.
Mainan politik apakah ini?
Gila apakah yang sedang berlaku di dalam Umno yang kami sayangi? Siapa boleh menafikan bahawa faktor kemenangan Umno dan BN di Kedah adalah disebabkan seorang anak muda yang bernama Mukhriz Mahathir?
Saya tidak memihak mana-mana pihak. Cuma sudah terlalu banyak isu, kontoversi, tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan atasan yang dilihat makin lama makin memakan diri.
Adakah Kedah nak terima nasib seperti Pulau Pinang? Tetapi tidak disangka apabila Kedah berjaya ditakluk, ini yang terjadi.
Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Afdal, kini giliran Mukhriz pulak. Sibodoh yang tak faham politik pun bijak menilai kenapa.
Benar bahawa pemimpin datang silih berganti.Kepentingan parti perlu diutamakan. Tetapi atas kesalahan apakah Mukhriz Mahathir perlu dihukum sebegini rupa? Hanya kerana Mukhriz Mahathir lantang bersuara?
Kami mulai sedar Dato'. Pemimpin kami di atas dah kurang mendengar. Dipekakkan telinga, dibutakan mata dan masih dalam sindrom penafian. 'Menjaga' pemimpin bahagian dengan beri habuan semata-mata untuk mengekalkan kuasa.
Kami bukan pekak. Juga bukan tuli yang hanya terima segala perbuatan kepimpinan atasan. Kami lihat, kami dengar, kami baca, kami berbual, kami timbang, kami bincang, kami rasa dan kami cari jawapan. Tetapi kami tahu, suara kami tidak akan kemana. Tidak akan didengar.
Apabila Mukhriz letak jawatan, bukan sahaja rakyat Kedah merasa kesannya. Kami di Pulau Pinang juga terkena tempiasnya.Maka, telah ditanam hasrat sejak dari awal lagi, jika Mukhriz turun dari jawatan MB Kedah, Umno bukan lagi pilihan kami. Kami terpaksa. Kerana kami kesal...
Bukan Umno ini yang kami mahukan... Kami anak muda yang benar-benar sayangkan Umno. Kepada Umno tempat kami bersandar, bergantung harap.
Sampaikan salam kami anak-anak muda Umno kepada Datuk Seri Mukhriz jika Dato' berpeluang bertemu beliau. Sampaikan pesanan kami anak-anak muda Umno agar beliau teruskan bersuara lantang selagi ianya benar. Kami akan sokong!
Beliaulah sebenarnya pemimpin yang berjiwa besar!
Kepada Allah kami berserah.
____________________________________
* Aeiza Hassan ialah Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang dan Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia.
Aeiza tk pi jumpa shahrizat ke? Dia pun mami penang. Bole belajar lagu mana nk bela lembu dlm kondo. Kehkeh
ReplyDeleteAsal jenama umno,buat la cerpen shahdu sekalipun..loya aku..
ReplyDeleteEsok masuk rm50k dalam akaun sebagai sumbangan , u turn cecah telinga pun boleh buat.
ReplyDeleteEsok masuk satu projek, u turn pacak langit pun boleh buat
Esok turun surat tawaran exco, u turn tunjuk langit sebagai pejuang pun boleh buat.
Tunggu jer lah
alhamdulillah. ada juga puteri yang "bersih".
ReplyDeleteTuan punya badan dah report polis menafikan kenyataan tersebut adalah fitnah... harap tuan dapat menarik nalik artikel ini supaya kredebiliti tuan di percayai orang terima kasih
ReplyDeleteMasuk PAS.... PAS ganti UMNO.
ReplyDeletePAS best ada 'pay per view' dan anti DAP.
Yg bodoh aje menyokong UMNGOK
ReplyDeleteUmno bukan pilihan anak muda".. Pas pilihan orang tua2 yg uban dah bertabur & kulit dah kendor ..
ReplyDeleteUmno sebuah parti yg terlalu dewasa tentulah tidak sesuai untuk orangmuda...
ReplyDeletePas parti yg terlalu matang kerana selalu, sedia & akan diTIPU oleh Umno dulu, kini & selamanya oleh Umno-ngok.
usah kata anak muda..anak tua pun dah tak berapa nak pilih :D
ReplyDeleteEsok2 dpt tawaran jd senator atau pengarah glc...u turn terus dah tau dah perangai2 pemakan dedak ni...
ReplyDelete