Pecat dan gantung ahli: Umno seperti parti 'kongsi gelap'
| DALIA ISMAIL
| DALIA ISMAIL
Umno dianggap sama seperti sebuah parti 'kongsi gelap' kerana tindakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memecat dan mengantung tiga pemimpin utama parti itu pada Jumaat, hanya untuk melindungi kepentingan peribadi Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saadudin berkata, 3.2 juta ahli Umno harus menyedari hakikat pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pengantungan jawatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Jumaat lalu, adalah musibah paling besar terhadap parti tertua itu.
"Kita sudah tahu lambat laun akan berlaku keputusan pemecatan dan pengantungan ini.
"Jadi kepada 3.2 juta ahli Umno perlu tahu sebab utama mereka dipecat dan digantung,kerana mereka mengkritik presiden bukan menyerang parti.
"Mereka ini bukannya ahli biasa tetapi seorang wakil rakyat di Parlimen (Muhyiddin dan Shafie) dan Dewan Undangan Negeri (Mukhriz) telah dibuang dalam parti sendiri.
"Jika ahli Umno terus `tidur' dan membiarkan perkara ini berlaku maka Umno bukanlah sebuah parti politik yang melindungi rakyat tetapi Umno melindungi Presidennya seorang yang korup dan tidak amanah.
"Umno kini sudah menjadi sebuah parti atau kumpulan kongsi gelap," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau turut hadir dalam sidang media oleh Muhyiddin dan Mukhriz semalam di Kelab Alumni Universiti Malaya, Petaling Jaya semalam.
Anina berkata, Muhyiddin dan Mukhriz ibarat "seekor harimau" yang sudah berdarah tidak akan berdiam diri sebaliknya akan mengaum untuk menyerang balas terhadap apa yang telah MT lakukan terhadap mereka.
"Mereka ini ibarat harimau yang luka dan berdarah. Mereka akan mengaum dalam satu pasukan yang besar membabitkan rakyat.
"Ahli Umno sejak dahulu lagi, mereka berpegang kesetiaan pada parti.
"Keadaan sekarang menimbulkan dilema bagi ahli yang setia pada parti dan situasi menentang presiden menjadi kebimbangan ahli parti.
"Hari ini jangan ingat dia (Najib) bebas kerana berjaya memecat Muhyiddin dan Muhriz dari Umno.
"Jangan fikir tindakan pemecatan dan pengantungan mereka yang mahu membebaskan Umno daripada kepincangan terang-terangan terhadap perlembagaan parti dan pentadbiran negara, tidak menggugat kesetiaan ahli yang lain.
"Jangan fikir tindakan pemecatan dan pengantungan mereka yang mahu membebaskan Umno daripada kepincangan terang-terangan terhadap perlembagaan parti dan pentadbiran negara, tidak menggugat kesetiaan ahli yang lain.
"Ini kerana ramai ahli sedia untuk berpaling tadah tidak akan menyokong Umno dalam PRU akan datang," ujarnya.
Anina yang dikenali secara terbuka menyerang Perdana Menteri ekoran kontroversi derma RM2.6 bilion, juga menegaskan, kemungkinan akan ada lagi ahli umno yang akan dipecat dan digantung kerana lantang menyerang kepimpinan Najib.
"Saya percaya akan ada lagi ahli Umno yang akan dipecat dan digantung keahlian selepas ini kerana menyerang kepimpinan Presiden.
"Saya anggap Muhyiddin dan Mukhriz atau sesiapa sahaja selepas ini, mereka sebenarnya tidak dibuang dari Umno tetapi di buang dari 'parti Najib'.
"Mereka yang menerima nasib sama ini akan terus bangkit untuk memperjuangkan kebenaran dalam platform yang lain," ujarnya tanpa mahu mengulas panjang kemungkinan penubuhan sebuah parti politik baru.
Sambungnya lagi,"Saya 'no comment' mengenai nak tubuh parti politik baru. Kita tunggu saja perkembangan semasa."
Dalam sidang media semalam, isyarat Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menyatakan, ia menjurus sama ada akan menubuhkan sebuah parti baru atau menyertai parti sedia ada.
Pada Jumaat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno memutuskan memecat timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan memutuskan untuk menggantung keahlian naib presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa