Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, July 4, 2016

Bila orang sakit bercakap dalam sasau.......

PAS Sedia Kerjasama Dengan DAP Dengan Syarat Hidupkan Kembali Pakatan Rakyat
JULY 3, 2016 AIDCNEWS

AIDCNews – 03/7/16 – PAS sedia bekerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) dengan syarat menghidupkan semula Pakatan Rakyat yang dianggotai tiga parti, DAP, PKR dan PAS tanpa PAN, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata demikian khususnya merujuk kepada Negeri Selangor.

“Persefahaman yang membawa wujudnya Pakatan Rakyat itu boleh diwujudkan kembali. (Tapi) DAP kena hormati prinsip Islam yang kita bawa sebagaimana kita hormat prinsip demokrasi DAP bawa.

“DAP kena bersedialah sebab nanti DAP akan dilihat sebagai berasa kalah dan sebagainya. Kita nak bagitahu PAS tetap pertahankan prinsip. Kita banyak cara (jalan) ke Putrajaya tetapi kita tidak putus harapan dengan hanya semata-mata pilihan raya tak dapat Putrajaya,” ujarnya ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos.

Menyentuh berkenaan kedudukan PAN, Sallehen berkata perkara itu bergantung kepada DAP dan PKR.

“Saya tak sebut tentang PAN sebab parti itu tidak wujud dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri.

“PAN kita serahkan pada DAP dan PKR. Mungkin kalau DAP nak bagi kerusi pada dia sebab DAP dah buat kenyataan bahawa PAN hanya boleh tanding di kawasan majoriti bukan Islam, jadi DAPlah bagi kerusi pada PAN,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata untuk mengelak pertandingan tiga penjuru pada PRU 14, Pakatan Harapan (PH) mesti menghormati PAS sebagai pembangkang.

“Formulanya cukup mudah, cukup jelas.. mana-mana kerusi PAS, PAS bertanding. Mana-mana kerusi PKR, PKR bertanding atau mungkin mereka nak bagi pada PAN, mana-mana kerusi DAP, DAP bertanding,” kata beliau

Zuhdi berkata selagi PH tidak menghormati ‘perkiraan’ tersebut, maka senario sebagaimana yang berlaku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan berulang lagi

# sigila talak minta bekas laki ceraikan bini baru?

8 comments:

  1. Mabok pas lagi haram daripada mabok arak.cakap macam dah lalok dan gaya dah macam penagih.mabok pas memuja ulama setaraf Nabi bukan pewaris.ajaran Nabi ditinggalkan amalkan pula budaya sesat keris potong pulut.sangat kasihan.

    ReplyDelete
  2. Pergi mampoih lah PAS....Parti Ampu Sana!

    ReplyDelete
  3. kih..kih... lawan... kita lawan...

    ReplyDelete
  4. Malunya aku dengar kata2 ulasan dr parti agama ni..terasa kuat hanya di bibir je.. kenyataannya hampeh.. pru 13 pas paling byk bertanding dr 2 parti dlm PR..kenyataannya.. pas paling sikit menang kerusi. Ingat dap hendak ke mengkhianati kawan ke..?. Trajidi pru 13.. kami percaya dap lagi dr pas.. parti agama ni sape pimpinan lah mengulas apa2 isu..dia org bukan melihat kejadian lepas kalau mengulas..main hentam je dgn muka tak malu

    ReplyDelete
  5. nak bergabung semula ke? dah terasa ke se orangan ke?
    ikatan kan ada..gabungan blok ke 3 yg kuat yg mengamalkan politik matang...
    lu orang yg tolak dap.toak pkr pas tu nak masuk balik..siap dengan syarat.....
    haaha...org gila talak...gabungan blok ke 3 tak jalan ke?

    ReplyDelete
  6. Mamat ni dh trsepit dgn formulanya sendiri..hehe

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa