Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 13, 2016

Selagi sikap dan pandangan pengundi tidak berubah, pendapat ini betul......

Tanpa PAS, gandingan Mahathir-Pakatan tak mampu tawan Putrajaya

  | July 13, 2016
Mana-mana pakatan parti politik perlu mendapat kerjasama PAS untuk mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru yang sudah tentu menguntungkan BN.
jeniri-amir-mahathir-pas
PETALING JAYA: Gandingan Pakatan Harapan (PH) dan parti baharu yang dikatakan akan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menjadi kuasa disegani, tetapi apakah ia mampu merampas Putrajaya?
Bagi Prof Madya Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), usaha itu tidak akan berjaya tanpa penglibatan PAS.
Jelasnya, jika parti Islam itu tetap mahu bersendirian, sukar untuk mengalahkan BN.
Keadaan itu seterusnya akan membawa kepada pertandingan pelbagai penjuru yang menguntungkan Barisan Nasional (BN), tambahnya.
Bagaimanapun, beliau berkata pengaruh parti itu tidak boleh diketepikan.
“Umno tidak patut memandang rendah Dr Mahathir, ia (parti baharu itu) akan menjadi satu kuasa disegani, terutamanya jika mereka boleh berdepan BN dalam pertandingan satu lawan satu,” katanya.
Menurutnya, pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan lalu bukan petunjuk terhadap kekuatan Dr Mahathir mahupun pembangkang kerana ada perbezaan PRK dan pilihan raya umum (PRU).
Bagaimanapun, Jeniri berpendapat, lebih baik Dr Mahathir dan orang-orang di kemnya menyertai salah satu daripada tiga parti komponen PH.
“Tidak mudah untuk sebuah parti baharu terus berkembang, lebih-lebih lagi dalam tempoh singkat sebelum PRU14.
“Orang akan mempersoalkan motif dan kredibiliti parti. Mereka akan bertanya mengapa sekumpulan bekas pemimpin Umno tubuh parti baharu hanya selepas mereka keluar dari Umno,” katanya sambil menambah ada pihak yang akan menganggap ia agenda peribadi.
Lewat
Bagi Dr Wong Chin Huat pula, Dr Mahathir sepatutnya menubuhkan parti baharu sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, serta menurunkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz di Kuala Kangsar.
Jelasnya, tidak pasti berapa banyak sokongan yang akan diperolehi parti baharu itu dari Kedah dan Johor, tempat asal bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana sentimen akar umbi mungkin kini sudah hilang.
“Bagaimanapun, mereka tentu boleh mengharapkan sokongan dari Sabah, tempat asal bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal,” kata Wong dari Institut Pulau Pinang, badan pemikir milik kerajaan Pulau Pinang.
“Saya rasa soalan utama ialah apakah model parti baharu itu,” katanya yang meramalkan parti baharu itu menjadi parti “serpihan Umno” kelima, selepas Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), Parti Negara, Semangat 46 dan PKR.
IMP dan PKR adalah parti berbilang kaum, manakala Parti Negara dan Semangat 46 pula berasaskan kaum Melayu.
“Saya rasa parti baru Dr Mahathir kemungkinan besar akan menjadi sebuah parti berbilang kaum,” katanya.
Bagaimanapun, Wong berkata penubuhan parti baharu itu adalah langkah tepat untuk Dr Mahathir dan pemberontak Umno lain kerana asas mereka berbeza daripada parti komponen PH.
“Amat sukar untuk mereka menyertai parti-parti Pakatan Harapan. Hanya ada sedikit sinergi, kerana DAP terlalu berbeza, Amanah masih baru, manakala PKR tidak sesuai untuk Dr Mahathir,” katanya.
Semalam, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Dr Mahathir mungkin membentuk parti baharu yang akan bekerjasama dengan PH pada PRU akan datang untuk menjatuhkan BN.

# kita jangan pandang kepada berapa kerusi yang PAS mampu tawan tetapi harus dilihat berapa ramai (%) yang mengundi PAS di kalangan Melayu terutama di kawasan luar bandar 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa