Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Wednesday, July 13, 2016

Ooo......rupanya pemimpin PAS bersih sebagaimana kata Hadi!

Takkan PAS nak Pak Mertua Nik Abduh kot?
Sekiranya Allah nak tunjuk sekejap jer kan?

Pas tak ada kes rasuah, yang ada Umno dan DAP, dakwa Presiden Pas

YDP Pas kawasan saman pemimpin Pas
13 Julai 2016 | MALAYSIA DATELINE
Apa nasib Fatah Harun selepas menyaman syarikat milik pemimpin kanan Pas ini?

Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun hari ini memfailkan saman injunksi kepada syarikat Galeri Tani, milik pemimpin Pas, yang memilik sekeping tanah di Rantau Panjang.

Antara pemilik Galeri Tani ialah bekas bendahari Pas Pusat yang juga bekas TMB Kelantan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Perkara ini dimaklumkan oleh bekas naib presiden Pas yang dipecat, Datuk Husam Musa dalam satu kenyataannya hari ini.

"Saya tidak berapa arif bagaimana dua orang kuat Pas itu boleh memiliki tanah baki dari apa yang telah dijual yang keluasannya masih ratusan ekar," kata Husam dalam kenyataan itu.

Husam juga berkata, tanah itu milik peribadi dan bukan milik Pas.

"Bagaimana orang Terengganu boleh mendapatkan tanah di Kelantan? Dari mana mereka mendapat wang membeli tanah seluas itu?.

"Bagaimana sebahagian tanah menjadi milik  parti dan sebahagian lagi tanah di tempat yang sama menjadi milik individu yang ada kaitan dengan parti?" soal beliau.

Namun Husam dalam kenyataannya berkata, beliau tidak tahu, apakah Pas juga akan memecat Fatah kerana mendakwa orang kuat Pas ini.

Husam berada di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini untuk untuk menyambung keterangan sebagai saksi dalam kes saman oleh kontraktor Lebuh Raya Rakyat KB-KK ke atas anak syarikat Kerajaan Kelantan.

"Kerana memberi keterangan di mahkamah ini sebelum ini, saya dituduh memberikan keterangan  secara bias, berniat serong dan mensabotaj Kerajaan Negeri - sampai membawa kepada pemecatan saya," katanya.

2 comments:

  1. jangan bergabung dengan PANDAP atau PKR atau pas akan kehilangan ahli-ahlinya lagi. Bergabunglah hanya dengan pencinta hudud dari Alquran bukan pencacai nakkan kuasa.Lepastu dikambing hitamkan PAS. Lu pas sendiri mau ingat.

    ReplyDelete
  2. PANdir@bengong+:-)

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa