Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 13, 2017

Acahan Azmin jadikan pemimpin UMNO gelabah

'Gesa terus dedah nama'
NINA FARZUIN MD SHAROM
13 FEBRUARI 2017
Azmin Ali

SHAH ALAM – Dakwaan seorang menteri kanan bertemu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi menyatakan hasratnya meletak jawatan adalah perkara yang tidak masuk akal.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, jika menteri yang didakwa benar-benar mahu meletakkan jawatan, seharusnya hasrat itu dinyatakan terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa perlu melibatkan pihak lain.

“Sebagai menteri dalam Kabinet, apa sahaja yang tidak dipersetujui atau berhasrat meletak jawatan, seseorang itu berhak melakukannya secara terus kepada perdana menteri.

“Jadi apa yang dinyatakan Mohamed Azmin tidak munasabah. Jika benar menteri berkenaan mahu letak jawatan, mengapa pula buat perbincangan dengan Mohamed Azmin,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Mohamed Azmin mengakui wujudnya pertemuan antara beliau dan seorang menteri kanan yang didakwa akan meletak jawatan.

Menurut Mohamed Azmin, beliau tidak akan menamakan individu berkenaan sebagai menghormati perbincangan sulit di antara mereka.

Abdul Aziz berkata, timbalan presiden PKR itu tidak perlu bersandiwara jika perkara yang didakwa itu  benar.

“Namakan sahaja siapa menteri kanan itu. Mohamed Azmin perlu bersikap gentleman kalau betul apa yang dibangkitkan itu.

“Bagaimanapun, saya tetap mengatakan ia hanyalah gimik politik. Harap rakyat tidak keliru kerana inilah taktik digunakan pembangkang untuk mencelarukan politik negara,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, alasan Mohamed Azmin untuk tidak mendedahkan nama menteri kanan tersebut tidak relevan, kerana perkara itu bukan lagi rahsia.

“Jika betul dakwaan itubeliau harus buktikan dengan menamakan menteri berkenaan supaya tidak dituduh membuat spekulasi. Mengapa perlu sembunyikan?

“Beliau kata mahu menghormati perbincangan sulit di antaranya dengan individu tersebut, tapi tindakannya telah menjadikan perkara itu bukan lagi rahsia,” katanya.

Menurutnya, jika benar pertemuan itu berlaku, berkemungkinan terdapat salah faham dalam perbincangan sehingga menyebabkan tercetusnya perkara tersebut.

“Memang kita tidak tahu apa sebenarnya hasil perbincangan mereka.

“Tapi, saya yakin pasti berlaku salah faham antara mereka berdua seperti yang berlaku antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin dua tahun lalu,” katanya.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa