Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 13, 2017

Pertemuan kedua Mahathir-Anwar: Patutlah pemimpin UMNO cepat respon, ada rahsia besar rupanya!

Monday, 13 February 2017
TUNGGGUUU...ADA "RAHSIA BESAR" DI SEBALIK PERTEMUAN KALI KEDUA TUN MAHATHIR - ANWAR?

Semua orang tahu Tun Mahathir Mohamad telah meluangkan masa buat kali kedua bertemu dengan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 10 Februari lalu.

Di sebalik ramai yang terkejut mengapa Tun Mahathir sanggup meluangkan masa sekali lagi bertemu Anwar sedangkan sudah berjumpa dan bersalaman sebelum ini, tujuan dan intipati perbualan antara kedua mereka masih lagi tidak diketahui.

Apa yang Tun Mahathir beritahu kepada media, pertemuan selama 45 minit dengan Anwar itu hanyalah membincangkan mengenai keadaan politik negara dan persetujuan perlunya Najib Razak berundur.
Lebih daripada itu, tiada siapa yang tahu apa yang mereka bincangkan.

Tetapi, apakah topik tertentu mengenai politik negara yang mereka berdua bincangkan?

Takkan perbincangan mengenai keperluan Najib berundur sampai memakan masa selama 45 minit?

Sebenarnya, Tun Mahathir membawa satu "agenda besar" dalam pertemuannya dengan Anwar itu. Ia adalah berkaitan langkah lebih kemas dan dirasakan terbaik untuk memastikan Pakatan Harapan menang PRU 14 dan seterusnya menjadikan kebarangkalian Najib dapat diundurkan lebih mungkin menjadi kenyataan.

Agenda besar itu yang perlu dibincang dengan Anwar terlebih dahulu, jika dilaksanakan nanti, pasti akan membuatkan Najib dan seluruh pimpinan UMNO kecut perut dibuatnya kerana Najib benar-benar akan terpukul kerananya.

Jika UMNO menganggap pertemuan kali kedua Tun Mahathir dengan Anwar itu bukan sesuatu yang luar biasa dan tiada kesan apa-apa, suatu hari nanti mereka pasti akan terperanjat besar dibuatnya.

Sebab itulah, pada hari yang sama Tun Mahathir bertemu Anwar, beberapa jam sebelum itu, Muhyiddin Yassin juga mengadakan pertemuan dengan bekas Ketua Pembangkang itu di mahkamah yang sama.

Bemakna, ia bukanlah pertemuan biasa-biasa, tetapi satu lagi langkah terbaik untuk menyelamatkan negara dan memberi kebaikan kepada kita semua.

Apa dia?

Tunggguuu...sampai masa nanti saya akan beritahu apakah rahsia besar itu? (SH 13/02/2017).

Posted by Shahbudin Husin at 14:05 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa