Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 19, 2014

Waytha hanya berminat jawatan dan wang...

Hazlan Zakaria08:30PM Feb 18 2014


SEKILAS PANDANG:Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P Waythamoorthy seharusnya menyalahkan dirinya sendiri akibat kegagalan untuk mengotakan janjinya apabila menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) sejurus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Apa yang beliau jangkakan? Melakukan lebih baik daripada MIC yang merupakan komponen BN sejak lebih 5 dekad?.
Walaupun sekiranya Wahythamoorthy fikir bahawa beliau adalah "adi wira  berjuang seorang diri". Ternyata ia merupakan misi gagal daripada hari pertama beliau mengumumkan bahawa Hindraf akan menyokong BN pada PRU13.
Sekarang, Waythamoorthy cuba menunjukkan penyesalan dalam usaha untuk meraih simpati dan sokongan politik daripada masyarakat komuniti India.
Beliau langsung tidak menunjukkan sebarang tanda permohonan maaf secara terbuka kepada komuniti India kerana gagal mengotakan apa yang pernah dijanjikan olehnya sebelum ini khususnya meningkatan pembangunan sosio ekonomi.
Apa pun, beliau tidak mempunyai apa-apa untuk dirunsingkan atau kehilangan sesuatu sekiranya membuat permohonan maaf secara terbuka, secara tidak langsung membantu menaikkan semula sokongan jika beliau dapat memenangi semula di zaman kegemilangan Hindraf.
Waythamoorthy beranggapan bahawa masyarakat India akan menerima permohonan maaf beliau dan seterusnya menyokong beliau semula. Cara itu mengingatkan rakyat Malaysia tentang bekas Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.
Chua mengaku melakukan hubungan seks selepas rakaman video tersebar dan kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada masyarakat Cina dan meletakkan semua jawatan yang disandangkan dalam kerajaan.
Selepas Chua dan kini Waythamoorthy,  mungkin rakyat Malaysia akan mengampun serta memaafkan kesalahan yang dilakukan pemimpin politik untuk "kesilapan" mereka
Kini, Waythamoorthy pula menyalahkan serta mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kegagalannya dan seterusnya tanpa rasa segan dan malu mendesak Najib pula untuk meletakkan jawatan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tampil membela perdana menteri dan membidas kenyataan Waythamoorthy dan menyifatkan sebagai pemimpin Hindraf yang lebih mementingkan wang.
"Waythamoorthy mahu menguasai wang, melangkaui menteri dan agensi kementerian. Bila dia tidak dapat semua ini, dia lepas jawatan dan menyalahkan Perdana Menteri @NajibRazak," kata Ketua Pemuda Umno yang dipetik menerusi akaun Twitter beliau.
"Fakta sebenarnya, Waythamoorthy menuntut semua bajet Kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah budi bicaranya. Itu bukan cara bagaimana Kerajaan beroperasi," sambung Khairy yang popular dengan nama singkatan KJ.
Menurut Khairy, Waytha tidak boleh menyalahkan Datuk Seri Najib Razak di atas kegagalan Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) untuk melakukan perubahan.
"Beliau bukan anggota pasukan yang baik dan beliau juga tidak berkesan dalam menggerakkan perjuangannya," ujarnya.
"Saya tiada pilihan. Kabinet tanggungjawab kolektif," tegas Ahli Parlimen Rembau.
Sebaliknya KJ mempersoalkan sama ada Waythamoorthy pernah menyuarakan masalah kebajikan masyarakat India kepada Najib sehingga ia berjaya diselesaikan.
"tanya @mpkotabelud berkenaan masalah perumahan yang dihadapi masyarakat India," kata Khairy dalam satu siri kenyataan menerusi akaun Twitter beliau.
KJ menegaskan bahawa walaupun tanpa Waythamoorthy, kerajaan telah dan sedang berusaha untuk membantu membangunkan masyarakat India dan menyelesaikan isu berbangkit.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Waythamoorthy  mendakwa Perdana Menteri sebagai pembohong dan khianat kepada komuniti India.
Terdahulu, dalam sidang medianya selama 20 minit hari ini, Waythamoorthy menggesa Najib supaya meletakkan jawatan yang dipegangnya kerana tindakan itu.
"Tindakan itu tidak akan dilupakan oleh generasi akan datang. Kisah ini akan diulang cerita berkali-kali," bidas Waythamoorthy.
Pada Isnin lalu, Waythamoorthy menyerahkan surat peletakan jawatan, lapan bulan selepas dia menandatangani memorandum kontroversi persefahaman (MoU) dengan BN beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13.
Waythamoorthy telah merujuk kepada tuntutan Hindraf supaya menubuhkan satu unit khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang akan diketuai oleh beliau dan diberi kebebasan untuk meminta dan menghabiskan apa-apa jumlah wang yang difikirkan perlu tanpa pengawasan. 
"Beliau (Najib) adalah ketua eksekutif negara. Dia menandatangani kontrak utama dengan seksyen dari kaumnya dan kemudian memutuskan untuk tidak menghormati janjinya," tambah Waythamoorthy, walaupun Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) pada umumnya tidak membawa berat perjanjian kontrak. 
Waythamoorthy telah berkompromi dengan BN untuk tidak meneruskan perkara-perkara yang melibatkan kematian tahanan dan pencabulan hak asasi manusia yang melibatkan kaum India. 
"Saya tidak membuat alasan untuk kegagalan kita, saya mengambil pemilikan penuh atas kegagalan dan akibatnya," katanya dalam satu kenyataan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa