Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 20, 2014

Apa Kata IGP Terhadap Ini?

Kenapa suara-suara sumbang begini dibiarkan?

Ketua Polis Negara, adakah komen Mingguan Malaysia bukti kebebasan bersuara? 
Sonia RamachandranDikemaskini 05:41PM Feb 20 2014

PETALING JAYA: Dengan sentimen perkauman dan keagamaan dimainkan di Malaysia sepanjang masa, komen yang ditulis timbalan pengarang Mingguan Malaysia Azman Anuar tidak kena pada tempat dan masanya.
Di dalam tulisan yang menyelar rakyat berbangsa bukan Melayu yang berjudul “Melayu, Islam dihina di Tanah Melayu!”, Azman berkata bahawa kaum bukan Melayu terlupa bahawa nenek moyang mereka menjadi warganegara tempatan kerana sikap tolak ansur Melayu.
“Kini apabila mereka kaya raya dan beroleh kelebihan di bidang ekonomi dan politik, kaum bukan Melayu lupa apa yang telah diberikan oleh orang Melayu,” ujarnya.
Ahli sains politik Dr Wong Chin Huat berkata: “Saya fikir Malaysia milik kita bersama.  Semua kita, samada suka atau tidak, berkongsi masa depan bersama. Kita berjaya atau gagal bersama.
“Hari ini kita dibelenggu pendapatan peringkat pertengahan. Kos sara hidup kian meningkat dan tidak selari dengan gaji yang kita perolehi. Kita perlu bersaing dengan negara-negara kaya. Caranya, ialah dengan menambah kekuatan dan membantu golongan yang susah, tanpa mengira bangsa dan agama.
“Seperti Presiden Theodore Roosevelt (Presiden Amerika Syarikat ke 26) berkata: ‘Negara ini tidak akan berjaya bagi kita semua melainkan kita menjadikannya tempat yang baik untuk kita diami’,” Wong memberitahu theantdaily.
Beliau berkata negera wajar dipupuk dengan nilai perpaduan dan bukannya dipecahkan oleh hirarki.
“Jika mahu bermain permainan siapa yang hadir dahulu ke sini, kita wajar bertanya pada orang asli dan orang asal,” jelas Wong.
Jelasnya, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (Pak Samad) berkata: “Menjadi orang Melayu, Cina, India, Sarawak, Sabah dan sebagainya ialah kuasa Tuhan. Bukan kita menentukan siapa ibubapa kita dan di mana nenek moyang kita dilahirkan. Kita hanya manusia yang bersaudara.”
“Pada Pak Samad, saya lihat seorang Islam yang sejati yang menampakkan ketinggian Islam. Islam melarang sifat perkauman.  Perkauman hanya wujud bagi zaman jahiliah.
“Kerana terdapat manusia seperti timbalan pengarang itu, rakyat Malaysia perlu menunjukkan sifat kasih sayang sesama kita dan tidak mengikut sifat kebencian yang ditonjolkan beliau,” katanya lagi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa rakyat Malaysia menghentikan sentimen perkauman dan keagamaan tetapi kenyataan seperti yang dikeluarkan Azman jelas membelakangi slogan 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri.
Khalid dilaporkan berkata, pihak polis akan menggunakan undang-undang anti-pengganas (Akta Kesalahan Keselamatan (Tindakan Khas) 2012) terhadap sesiapa yang menyebabkan ketegangan agama. Rakyat Malaysia yang menyuarakan pendapat dengan lebih berhemah, katanya.
Azman menulis bahawa kaum bukan Melayu bermain api dan mendakwa mereka enggan menghormati budaya, bahasa serta adat Melayu.
“Tidak lama lagi, tebuan akan bertindakbalas kerana sarang mereka dijolok,” tegasnya.
Soalnya: Adakah kenyataan Azman dan akhbar Umno tersebut tidak memainkan sentimen perkauman dan keagamaan? Adakah beliau berhemah di dalam menyuarakan pendapatnya?
Atau, adakah ahli parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang betul, apabila bertanya: “Apa yang dilakukan Ketua Polis Negara, dan di mana tindakan undang-undang, apabila kebencian bertukar menjadi ugutan?”
Adakah Ketua Polis Negara hanya melindungi Umno?

3 comments:

  1. melayu melayu jugak agama sama amalan tidak sama ikut keyakinan masing masing terhadap apa yang diturunkan oleh Allah dan apa yang disampaikan oleh Rasul Allah
    jangan ingat bila sebut aja melayu orang melayu lain nak setuju dengan apa yang dikatakan belum tentu lagi

    Allah perintahkan manusia berfikir

    ReplyDelete
  2. aku tertarik dgn ayat terakhir..adakah kpn hanya melindungi umno..? ketua umno bahagian bukit aman mestilah cover geng....takkan dia nak cover pakatan rakyat pulak...sebab tu beria benar sokong wujudkan isa...kpn yg baru ni tak sesuai menjaga keamanan sbb telah menimbulkan keraguan secara terancang untuk mempengaruhi parlimen menyokong isa diadakan kembali

    ReplyDelete
  3. Setuju kenyataan MM..mmg x melayu hanya dpt ihsan melayu jd w.negara. Tlg fikir realiti..bkn bkepentingan politik. Gol kiasu hanya lembut gigi dr lidah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa