Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 25, 2014

Kisah Lucu Di Malaya!

Semalam aku baca Bakri yang tak tahu ada laporan tentang perempuan yang buat gila di fb - berita kat sini
Hari ini Bossnya pulak yang tak tahu
Eloklah tu......PDRM dikepalai oleh sang tak tahu!

Ketua Polis tidak tahu 60 anggotanya sedang disiasat, memang lucu! 
V Shuman06:30PM Feb 25 2014
SEKILAS PANDANG: Jika anda belum dapat ketawa besar minggu ini, bacalah berita hari ini.
Cari berita mengenai Ketua Polis Negera; Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak mengetahui mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 60 orang anggotanya.
Betul, polis berjawatan paling tinggi negara ini tidak mengetahui yang bukan satu atau dua, tetapi 60 orang anggotanya sedang disiasat SPRM atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
Khalid berkata yang dia tidak menerima apa-apa laporan dari SPRM mengenai penglibatan anggotanya, menurut laporan Malaysian Insider baru-baru ini.
“Saya tidak mengetahui laporan mengenainya, dan saya tidak tahu dari mana Malaysian Insider mendapat maklumat ini. Kami tidak diberitahu SPRM mengenai apa-apa siasatan ke atas anggota kami. Saya akan menulis kepada SPRM untuk mendapatkan maklumat lanjut,” ujar Khalid kepada wartawan selepas sebuah majlis di Kuching.
Tidakkah kenyataan beliau ini pelik bunyinya? Sejumlah besar anggota polis, yang kebanyakannya pegawai kanan, sedang disiasat kerana menerima ‘imbuhan’ untuk tidak menjalankan tugas mereka, dan anda tidak mengetahuinya, Tan Sri?
Dan ini bukan sahaja tangkapan biasa. Siasatan telah dijalankan selama beberapa bulan. Ada dari anggota ini telah pun dipindahkan ke jabatan lain setelah siasatan bermula.
Umum mengetahui yang perpindahan pegawai polis kanan memerlukan kebenaran beliau, ataupun timbalannya. Sukar dipercayai yang beliau tidak mengetahui perpindahan ini dan sebab ia dilakukan.
Bolehkan anda bayangkan beliau tiba ke Bukit Aman, dan mendapati seorang pegawai kanan (Datuk pula tu) yang dahulunya bertugas di ibu pejabat polis Kuala Lumpur, duduk di jabatan pentadbiran ibu pejabat polis persekutuan dan beliau bertanya “Beb, apa buat sini?” Dan pegawai ini menjawab; “Saja lepak-lepak, tanya khabar.” Masuk akal?
Menurut Malaysian Insider, ini adalah antara siasatan terbesar SPRM sejak beberapa lama. Sama ada beliau makan gaji buta atau pun SPRM tidak berkomunikasi dengan PDRM – kedua-dua organisasi ini sepatutnya bekerjasama dalam mencegah rasuah dan jenayah.
Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal. Tahun lalu, dia mempertahankan kehilangan senjata api yang didedahkan dalam laporan Ketua Juru Audit Negara, dengan alasan senjata ini telah terjatuh ke dalam laut.
Ini disambut ‘baik’ pengguna Internet, yang melukis dan berkongsi karikatur ikan yang bergaya seperti lanun, dan memegang senjata api.
Wahai Tan Sri, kami faham yang anda sedang mempertahankan imej PDRM, tapi anda hanya memburukkan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal. Anda akan lebih dihormati, malahan oleh pengkritik anda, jika anda bertanggungjawab dan mengakui kelemahan anak-anak buah anda.
Berlaku budimanlah dan kata “Ya, kami melakukan silap dan akan memperbetulkannya”, dan ia akan memenangi semula keyakinan orang ramai terhadap polis.
Dan tolong jangan berkata yang anda berharap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperkenalkan semula bagi membantu kerja polis.
Nanti ramai pula rakyat yang mahukan Ketua Polis baru.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa