Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 26, 2014

Parah: Ibu Temani Anak Umur 12 Tahun Gugurkan Janin

Temani anak gugur janin
Banting: Klinik yang menyediakan khidmat menggugur janin secara haram di daerah ini bukan saja menerima kunjungan pasangan kekasih termasuk remaja, malah lebih mengejutkan ada antara ‘pelanggan’ membabitkan budak perempuan berusia 12 tahun ditemani ibunya.
Itu pendedahan dibuat seorang bekas pekerja klinik berkenaan yang mengambil keputusan berhenti kerja selepas tidak mahu lagi terus bersubahat dengan perkhidmatan yang melanggar hukum Tuhan dan manusia itu.
Ariana
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Ariana, 30-an, berkata, dia juga insaf kerana seakan-akan menerima ‘balasan segera’ daripada Allah apabila tiga kali keguguran serta sukar mendapatkan zuriat selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
“Sebagai seorang Islam, saya rasa seperti bersubahat ketika bekerja di situ, malah jika ditanya tempat bekerja, saya terpaksa menipu untuk mengelak daripada dipandang serong masyarakat sekeliling.
“Ini kerana kebanyakan penduduk di daerah ini sedia maklum yang klinik berkenaan amat dikenali kerana menawarkan khidmat menggugurkan janin secara haram,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa