Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 25, 2014

Apa Maknanya Ni Hisham?

Hisham semacam sindir MCA ajer?
Tapi apa maknanya disebalik sindiran ini?

MCA tidak perlu gopoh hendak mengisi jawatan kerajaan, kata Hishammuddin
MI - FEBRUARY 24, 2014
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) berkata MCA perlu berbincang dengan Datuk Seri Najib Razak mengenai keputusan parti itu untuk menerima semula jawatan kerajaan di semua peringkat.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan bagaimanapun berkata, MCA tidak perlu tergopoh-gopoh hendak mengisi jawatan dalam kerajaan.
"Dalam perkara itu, kita sesama Barisan Nasional (BN) tidak menjadi masalah. Saya serahkan kepada MCA untuk menentukan dan membincangkannya dengan perdana
menteri.
Hishammuddin ditemui selepas melancarkan National Blue Ocean Strategy Jabatan Latihan Khidmat Negara di Kem PLKN Seri Perkasa, Mantin."Itu memang keputusan dan tanggungjawab pucuk pimpinan, tetapi saya tahu dan saya sempat berbincang dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai lebih awal lagi," katanya kepada pemberita di Seremban, hari ini.
Mesyuarat agung luar biasa MCA semalam meluluskan resolusi untuk menerima semula jawatan kerajaan di semua peringkat, yang membuka laluan bagi parti itu kembali ke kabinet.
Hishammuddin berkata beliau turut merasa lega untuk 'melepaskan' portfolio Kementerian Pengangkutan yang dipegangnya sejak beberapa bulan lepas.
"Sekurang-kurangnya dalam beberapa bulan saya memimpin apa juga keputusan, kita telah pun meninstitusikan beberapa kaedah yang perlu kita lihat.
"Seperti trajedi bas jatuh gaung di Genting Highlands, jalan penyelesaian untuk kamera AES, jalan penyelesaian untuk memastikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 siap dan Jabatan Pengangkutan Jalan dengan semangat barunya.
"Jadi, banyak telah kita lakukan di Kementerian Pengangkutan dan banyak lagi yang perlu dilihat dari segi dasar udara dan maritim," katanya. – Bernama, 24 Februari, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa