Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 23, 2014

Karma: Pertempuran Chua-Liow Berterusan

Sudah pasti, Chua tak perlu angkat 'tangan dan kaki' untuk menyokong gerakan MCA 
 Ng Kee SengDikemaskini 10:01PM Feb 22 2014


SEKILAS PANDANG:  Sinis, begitulah yang boleh digambarkan apabila bekas Presiden MCA, Chua Soi Lek memberitahu bahawa beliau akan "mengangkat tangan dan kakinya" untuk menyokong gerakan MCA untuk menyertai semula Kerajaan Persekutuan sekiranya langkah itu akan dapat membantu parti itu mendapatkan semula sokongan kaum Cina.

Kata-katanya itu dipetik berdasarkan laporan dalam satu kenyataan seperti yang dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau yang kemudiannya diterjemahkan oleh portal Free Malaysia Today baru-baru ini.

"Komuniti Cina telah mengosongkan tempat (reservation) untuk kerajaan.
"Sekiranya MCA boleh berjaya melakukan perubahan transformasi dalam parti itu dengan hanya mengisi jawatan (satu) menteri dan (dua) timbalan menteri, maka saya akan beratur di Wisma MCA pada malam sebelum untuk menjadi salah seorang yang pertama yang akan mengundi usul gerakan itu," katanya merujuk kepada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada hari Ahad ini (23 Februari).

"Saya akan mengangkat tangan dan kaki (sokongan) untuknya," katanya di majlis ambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kahang, Johor.

Timbalan Presiden Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Naib Presiden MCA merangkap bekas ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Chew Mei Fun sebagai calon BN untuk berhadapan dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Apakah yang bermain di minda Chua?. Adakah Chew berpeluang untuk menang?.

Difahamkan, Chew telah meletakkan jawatan Ketua Wanita MCA pada 2010 selepas Chua memenangi jawatan Presiden MCA dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan dua pencabar terdekatnya iaitu bekas presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Ong Tee Keat. 

Chew dipercayai meletakkan jawatan beserta bersumpah melafaz ikrar (integriti) yang menyatakan bahawa sekiranya Chua  terlibat dengan salah laku (video rakaman seks tersebar luas) menang jawatan presiden, beliau tidak mahu berkhidmat dengan seorang pemimpin yang tidak bermoral. 

Namun begitu, beliau membuat kemunculan semula dalam pilihan raya MCA Disember lalu, menjadikan ia sebagai salah satu daripada tiga naib presiden yang telah dipilih dalam undian tersebut.

Difahamkan, Chua yang menandatangani kontrak dengan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertujuan bagi memenangi jawatan Presiden MCA, kini dilihat mula menentang Liow. 

Malah, Chua yang mempunyai jawatan pra-kontrak presiden gagal menghormati perjanjian tersebut dan Liow juga telah mendakwa bahawa Chua juga gagal mengotakan janjinya terdahulu.

Itulah serba sedikit kronologi berkaitan kedua-dua pemimpin dalam jawatan Presiden MCA - kedudukan yang boleh "dijual" serta tawar-menawar. 

Persoalan yang timbul, apakah sama ada Chua akan berkata sedemikian sekiranya beliau masih kekal sebagai presiden parti itu. Apa lagi yang sedang beliau fikirkan. Adakah Chew mempunyai peluang memenangi kerusi DUN Kajang untuk BN.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas, empat menteri dalam kalangan ahli MCA berada dalam senarai barisan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hampir dua bulan selepas memenangi jawatan presiden parti, Liow dilihat begitu agresif untuk cuba kembali dalam kabinet sebaliknya bukannya memberikan tumpuan utama untuk melakukan perubahan transformasi keatas parti itu bagi mendapatkan semula keyakinan masyarakat Cina. 

Sudah pastinya, Liow akan mendapat peluang terbaik serta keutamaan dalam politik. Cepat berikan satu-satunya jawatan dalam kabinet dikhaskan untuk beliau sebelum terlambat manakala perkara-perkara penting dan berbangkit berkaitan kepentingan parti dan masyarakat Cina dianggap remeh.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa