Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 27, 2014

Telaga Damar: Tunggu Laporan Dari Petronas? - Betul ker tindakan ini?

Bukankah Kerajaan Kelantan yang sepatutnya minta laporan dan pengesahan dari Petronas sebab operasi mereka pun Kelantan tak tahu

Bukankah suatu perkara yang pelik?

Orang pungut hasil di dalam laman rumah kita pun kita tak tahu?

Baru tengahari tadi aku sembang dengan geng-geng 'R' ni. Rupanya mereka minta nak jumpa MB untuk bincangkan hal ni pun teramatlah susahnya
Bukan sikit senongehnya!
FEB 26, 2014 SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR
KOTA BHARU: Kerajaan negeri belum mendapat maklumat secara rasmi daripada Petronas berhubung Telaga Damai yang dikatakan baru memulakan pengeluaran 31 Januari lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan menunggu maklumat secara bertulis daripada pihak terbabit memandangkan lokasinya lebih dekat dekat dengan pantai negeri ini.

Baru-baru ini Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) mendakwa pelantar di Telaga Damai telah memulakan pengeluaran bermula 31 Januari lalu iaitu sebanyak 200 juta kaki padu sehari.  

Presidennya, Nazri Deraman berkata, berdasar sumber yang diperolehi operasi pengeluaran petroleum di Telaga Damar hanya terletak 109 km dari pantai Kelantan.

Mohd Amar berkata, kerajaan negeri hanya mengetahui operasi di Telaga Damar tersebut secara tidak rasmi.

“Tetapi tak kiralah dari telaga mana sekali pun, hasrat kerajaan negeri dan rakyat untuk memperolehi kesemua royalti dari telaga yang digerudi di perairan Kelantan,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan rombongan dari Linxia, China di sini, hari ini.

Rombongan tersebut diketuai Timbalan Gabenor Linxia, Wang Zheng Jun.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Linxia, Ma Zhengfu dan 16 anggota rombongan.

Mohd Amar juga berkata, kerajaan Kelantan tidak akan menarik balik tuntutan royalti yang dikemukakan sebelum ini sehingga ia membuahkan hasil.

“Kelantan sedang  menunggu tarikh perbicaraan penuh daripada mahkamah. Hanya mahkamah yang dapat memutuskannya biar pun telah ada bukti Kelantan berhak mendapat royalti.

“Harapan kita begitu tinggi untuk mendapatkan hak yang sekian lama dinafikan,” ujarnya.

1 comment:

  1. patutlah R dah senyap sekarang. Sham Ghaz pun tak aktif sangat dah... kecewa dgn mb agaknya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa