Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 18, 2014

Korang Kata Siapa Yang bersalah?

Korang kata alongkah yang bersalah kerana memberi hutang?
Atau mangsakah yang salah kerana berhutang?
Atau pihak berkuasakah yang salah kerana gagal membenteras aktiviti along?
Atau kerajaankah yang bersalah kerana tiada ketegasan?

Cabut nyawa dek hutang
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Gombak: Angkara tertekan kerana berhutang dengan along sebanyak RM300,000, seorang lelaki nekad membunuh diri dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Pinggiran Batu Caves, di sini, semalam.
Mangsa Lim Wei Keong, 39, ditemui mati oleh ahli keluarganya jam 6 pagi di dalam kereta PROTON Saga miliknya selepas bapanya yang ingin keluar terkejut mendapati anaknya itu tidak bergerak.
Ibu mangsa hanya mahu dikenali sebagai Lim, 60-an berkata, sebelum kejadian, anaknya pulang ke rumah seperti biasa jam 11 malam dan tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Menurutnya, anaknya itu sempat meminta dia menyediakan secawan kopi sebelum masuk tidur menyebabkan dia tidak mengesyaki apa-apa.
ANGGOTA polis membuat siasatan dalam kereta lelaki yang ditemui mati, semalam.
PAIP yang ditemui disumbat di dalam ekzos kereta dengan enjin masih dihidupkan.
“Bagaimanapun pagi ini (semalam) ketika suami saya ingin keluar untuk menjual sayur, dia mendapati kereta anak saya menghalang lorinya.
“Sebaik diperiksa, suami mendapati anak saya dalam kereta itu dengan keadaan tidak sedarkan diri ,” katanya.
Lim berkata, mereka turut menemui paip yang disumbat di dalam ekzos kereta dengan enjin masih dihidupkan.
“Kami kemudian menghubungi ambulans dan polis. Saya percaya anak saya membunuh diri kerana tertekan selepas berhutang dengan along sebanyak RM300,000.
“Dua hari lalu anak saya turut dibelasah along terbabit di kawasan perumahan kami selepas gagal membayar wang itu. Kami sendiri baru mengetahui anak berhutang selepas kejadian tempoh hari,” katanya.
Menurutnya, mereka percaya anaknya berhutang dengan along kerana ketagih berjudi kerana perniagaan menjual telefon bimbit milik anaknya itu tidak mengalami masalah kewangan.
“Kami juga tidak menemui sebarang nota bunuh diri ditinggalkannya dan masih terkejut dengan kejadian ini.
“Anak saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun, malah cucunya itu masih belum mengetahui bapanya sudah tiada,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian itu dan polis mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

1 comment:

  1. kenapa pihak ini dibenarkan beroperasi tanpa tindakan tegas walaupun telah diketahui mereka bergerak secara tidak sah kenapa, apa lagi yang tak kena apa lagi yang ditakuti

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa