Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 18, 2014

Rupanya Mamat Ni Juga Ada Niat Nak Jadi PM!

Semua warga negara tidak salah bercita-cita nak jadi PM
Mamat ni berniat nak gantikan UMNO dengan satu 'front' yang lain
Dan ambil aih tugas UMNO yang dah pun mati pucuk itu
Patutlah dia kata yang dia seribu kali lebih hebat dari Anwar!

Tapi sayangnya dia lupa
Di Pasir Mas, di dalam kubangnya sendiri pun dia tersembam
Di mana hebatnya dia?

MKPN anti-nasional, berat sebelah, dakwa Perkasa
 | February 18, 2014
Terdapat individu-individu yang mempunyai pandangan bersifat anti-nasional dan berpartisan dalam MKPN sendiri.
PETALING JAYA: Perkasa cadang penubuhan sebuah NGO baru – gabungan kumpulan NGO Melayu Islam bagi mempertahankan Perlembagaan dan Rukun Negara.
“Saya cadangkan daya usaha kumpulkan NGO Melayu Islam mewujudkan satu barisan untuk menyebarkan perpaduan yang sebenar secara agresif dengan nama Front (Barisan) Perpaduan Nasional.
“Mana-mana NGO yang mahu terlibat mesti tanda tangan deklarasi ‘Mempertahan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara,” katanya menerusi satu kiriman SMS hari ini.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyindir Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang disifatkannya berat-sebelah.
“Hebat MKPN…boleh tegur Putrajaya lambat bertindak tangani masalah perkauman dan agama… MKPN sendiri dah berat sebelah macam mana nak dipanggil MKPN,” katanya.
Menurutnya terdapat individu-individu yang mempunyai pandangan bersifat anti-nasional dan berpartisan dalam MKPN sendiri.
“Ahli-ahli MKPN yang ada sekarang tidak menggambarkan dan tidak mewakili lapisan masyarakat. Mana dia Prof Khoo Kay Kim? MKPN tidak sepatutnya mempunyai individu-individu yang pandangan mereka bersifat anti-nasional dan partisan,” tambah beliau.
Tambah Ibrahim lagi, MKPN dilihat lebih mewakili pandangan ahli-ahlinya sendiri yang bersifat anti-nasional termasuk yang terlibat dengan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (COMANGO).
Ini tidak membantu tujuan MKPN diwujudkan. Awal-awal prejudis dengan mengenepikan kumpulan yang mempertahan asas Perlembagaan Negara dan Kedaulatan Istitusi Raja,” katanya.
MKPN ditubuhkan pada 23 November lalu, sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan perpaduan kaum terus teguh.

3 comments:

  1. Biar bebetul....mamat ni org afrika pun tak mau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bto iRock..
      Persatuan katak2 africa bersatu terima dia..
      Tukang ternak telur jawatannya

      Delete
  2. Kenapa nak tubuh ngo baru? Perkasa dah lembik tak perkasa lagi ke?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa