Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 23, 2014

Lagi Berita Yang Menyakitkan Hati!

Lagi-lagi warga asing!
Lagi-lagi penagih dadah!
3 lelaki maut berbalas tembakan
Seri Manjung: Polis berjaya menembak mati tiga lelaki dipercayai warga asing dalam satu kejadian di Kampung Buruk Bakul, di sini, kira-kira jam 5 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Dato Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, tiga suspek maut di tempat kejadian selepas berbalas tembakan dengan polis.
"Suspek dikesan pasukan khas polis selepas melakukan samun di sebuah rumah di Kampung Serapoh Parit dua jam sebelum itu.
"Suspek dipercayai terbabit dalam 15 kes Jenayah di daerah Perak Tengah sejak tahun lalu," katanya pada sidang media Di sini.
 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Dato Mohd Dzuraidi Ibrahim (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada senjata yang digunakan oleh penjenayah.
 Tempat kejadian pecah rumah oleh tiga lelaki dipercayai warga asing dalam satu kejadian di Kampung Buruk Bakul, di sini, kira-kira jam 5 pagi tadi.
Antara senjata dan topeng muka yang dijumpai.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa