PASIR PANJANG - Seorang tok batin bukan sahaja sesat selama hampir 32 jam di dalam Hutan Simpan Sungai Menyala, malah terpaksa minum air paya yang berkeladak dan berbau busuk untuk terus hidup dalam hutan berkenaan.
Tok Batin Kampung Orang Asli Kampung Bukit Kepong, Gomeng Taat, 82, memberitahu, dia tiada pilihan lain, air yang berbau busuk dan berwarna hijau perlu diminum untuk memberinya tenaga bagi meneruskan perjalanan mencari jalan keluar.
Dalam kejadian itu, Gomeng telah masuk ke hutan sekitar jam 11 pagi Jumaat lalu sebelum sesat selama hampir 32 jam dan ditemui penduduk kampung dalam keadaan keletihan kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia mula masuk ke hutan.
Gomeng berkata, kali terakhir dia masuk ke hutan kira-kira lima tahun lalu dan tujuan dia masuk ke hutan kali ini untuk mencari air akar kayu bagi mengubati sakit kayap yang dialami isterinya.
“Saya kasihan melihat isteri menanggung sakit dan nekad masuk ke hutan mencari air akar kayu untuk mengubatinya walaupun anak-anak tidak mengizinkan saya berbuat demikian kerana risaukan keadaan saya yang sudah tua,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya semalam.
Gomeng memberitahu, dia menolak motosikal jauh dari rumah sebelum menunggangnya bagi mengelakkan disedari oleh anak dan menantu.
“Saya meninggalkan motosikal di kebun sawit dan terus berjalan kaki masuk ke hutan dengan hanya berbekalkan kapak, parang, pemetik api dan botol kosong untuk diisi air akar kayu.
“Semasa berjalan masuk ke hutan, memang saya ada meninggalkan tanda dengan mematahkan daun pokok-pokok kecil, namun semakin jauh saya masuk ke hutan saya semakin keliru. Terlalu banyak perubahan persekitaran yang berlaku di dalam hutan ini," katanya.
Bagaimanapun, semua akar kayu yang ditemui tidak berair yang berkemungkinan disebabkan musim kering.
“Sewaktu hendak pulang, saya gagal mencari jalan yang dilalui tadi walaupun saya sudah meninggalkan tanda. Keadaan semakin gelap, semua jalan seperti jalan mati, di depan saya ada kawasan paya yang luas dan apabila pusing ke belakang hutan semakin tebal.
“Akhirnya saya mengambil keputusan untuk meredah sahaja paya berkenaan dan terpaksa minum airnya yang berbau busuk serta kotor dengan menggunakan botol kosong yang dibawa,” katanya.
Gomeng berkata, apabila keletihan dia akan berhenti rehat dan tidur.
“Pada waktu malam, saya kumpulkan daun dan ranting kering untuk dijadikan unggun api. Mujur sepanjang waktu sesat itu, saya tidak bertembung dengan binatang buas dan berbisa.
“Semasa mencari jalan pulang, saya ada dengar bunyi letupan mungkin mercun dan saya mengetahui ketika itu orang kampung sudah sedar akan kehilangan saya," katanya.
Tambahnya, dia ada memberi tindak balas dengan memukul banir akar kayu namun malangnya mereka tidak mendengar bunyi itu. Malah jeritan minta tolong juga tidak didengari kerana keadaannya sudah tidak bermaya.
"Saya tidak mengetahui kedudukan saya dalam hutan itu kerana keadaannya sudah banyak berubah. Namun apabila terjumpa pokok cempedak dan pokok durian di tengah hutan, barulah saya dapat mengenal pasti kedudukan saya.
“Saya kemudian berjalan sehinggalah ke kawasan rumah sembahyang Orang Asli Bukit Kepong dan di situ saya segera melambaikan tangan apabila terlihat beberapa penduduk kampung yang sedang mencari saya,” katanya.
Sementara itu, menantunya, Azmi Sudin, 46, berkata, dia bersama isteri, abang ipar dan penduduk kampung mula risau apabila pada jam 6 petang ayah mertuanya belum pulang ke rumah.
“Kami hanya menemui motosikalnya yang ditinggalkan di tepi kebun. Operasi mencari dijalankan, kira-kira 30 penduduk kampung mencari sehinggalah jam 2 pagi namun dia gagal ditemui.
Operasi diteruskan pada pagi semalam dan laporan polis dibuat kira-kira jam 2 petang mengenai kehilangan berkenaan.
“Dengan bantuan Pasukan Polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung, kawasan mencari diperluaskan sebelum operasi ditangguhkan pada jam 6 petang.
"Namun ketika itu masih ada lagi beberapa penduduk yang mencari dan kira-kira jam 7 malam, mereka menemui ayah mertua saya dengan keadaan yang sangat letih dan tidak bermaya,” katanya.

Amat terharu sekali mengenangkan diusia 82 tahun masih bersemangat berusaha untuk kesihatan isterinya. Mungkin shj tidak memiliki pendidikan formal, tetapi jiwanya memang kental demi isteri kesayangannya. Bandingkan pula dgn sebilangan artis yg tidak sayang kpd pasangan masing2. Kpd Tok Batin Gomeng Taat, saya tabik hormat diatas semangat jiwamu itu. Tidak perlulah meletakkan diri dlm bahaya dan mintalah bantuan jiran dilain kali.
ReplyDelete