Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 28, 2014

Semakin Parah?

Khalid cabar Azmin dalam pemilihan PKR
Nampaknya retakan dalam PKR semakin meluaskan ekoran spekulasi bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mencabar Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden.

Menurut sumber, Khalid akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin yang rapat dengannya di kediaman rasminya pukul 8 malam ini.

"Ya betul. MB akan tawarkan diri bertanding timbalan presiden," kata Setiausaha Politiknya,  Azman Abidin kepada Malaysiakini.

Jemputan rasmi yang bertemakan "Majlis Kasih Bertaut",  tidak menyebut apa-apa mengenai Khalid akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding.

Bagaimanapun, terdapat satu "jemputan tidak rasmi" yang beredar di kalangan pemimpin parti, yang menyatakan menteri besar akan mendedahkan beliau bersedia merebut jawatan nombor dua parti itu.

Ia merupakan rahsia terbuka bahawa Khalid dan Azmin, yang dianggap sebagai 'anak emas' Datuk Seri Anwar Ibrahim, sentiasa bertelagah.

Dalam temubual dengan Malaysiakini selepas beliau mengumumkan pencalonan Anwar untuk pilihan raya kecil Kajang, Khalid mengatakan beliau akan memperuntukkan lebih banyak masa untuk "politiking". - sumber

3 comments:

  1. awas sumber berita mungkin dari umnungok...

    ReplyDelete
  2. klau benar itula demokrasi bkn mcm amngok jawatan tak bolih di tanding pasai ketua && naib ketua teloq rebus

    ReplyDelete
  3. Dalam situasi dan senario politik PKR sekarang yang tidak nampak penghujungnya, langkah Khalid bertanding melawan Azmin adalah satu strategi bijak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa