Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 23, 2014

Apahal Mamat Ni Marah Sangat Ni?

Irwan: PERKASA bukan binatang untuk dijinakkan
Ketua Wira NGO pendesak Melayu PERKASA Irwan Fahmi Ideris membidas MP Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa NGO itu "alat bagi Umno" dengan menyifatkan pemimpin Umno itu sebagai "bodoh sombong".

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, Irwan menegaskan NGO itu ditubuhkan antaranya untuk mempertahan Islam, hak keistimewaan Melayu dan memperkasa kedaulatan Raja Melayu serta tidak memerlukan sesiapapun untuk dijinakkan.
Irwan turut menempelak Nur Jazlan yang juga pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) supaya tutup mulut jika berpolitik atas dasar kepentingan individu dan bukan untuk bangsa dan agama.

"PERKASA bukan binatang untuk dijinakkan. Beliau harus faham akan matlamat PERKASA ditubuhkan.

"PERKASA tidak pernah memanggil atau memaksa ahli ahli Umno untuk menyertai PERKASA tetapi ada pelbagai alasan kenapa ahli Umno tersebut menyertai PERKASA," katanya.

Irwan mengulas kenyataan Nur Jazlan dalam temubualnya akhbar mingguan The Heat yang mendakwa NGO itu sebagai "taktik pemesong" untuk Umno melibatkan isu tertentu.

Dalam kenyataannya petang ini, Irwan mendakwa Umno tidak mampu lagi membela nasib orang Melayu seratus peratus dan sikap pemimpin Umno itu termasuk Nur Jazlan mengundang kekecewaan mereka.

Sebaliknya, Irwan berkata Nur Jazlan sepatutnya memikirkan isu yang lebih membawa kebaikan dan keuntungan kepada Melayu itu sendiri dan tidak menunding jari terhadap kaum Melayu yang sama.

"Jika masih ada lagi pemimpin yang masih bodoh sombong seperti beliau, kami Wira Perkasa Malaysia merasakan Umno bakal menghadapi hari yang kelam dalam menghadapi PRU yang ke 14 nanti.

"Orang Melayu sekarang sudah tahu menilai bukan lagi boleh digula- gulakan.

"Justifikasikan bagaimana orang Melayu dan Pribumi dapat bersatu dalam mengekalkan kuasa orang Melayu yang dominan bukan mencari jalan untuk memusnahkannya," kata Irwan. - sumber

3 comments:

  1. Muka2 perkasa ni langsung tak ada tokoh utk memperjuangkan Islam...kapal selam adalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ntah program agama yg dibuat puak neh utk anak bangsa...setakat bc yasin je kot..tu pon x tau brapa kerat yg hadir dan bole baca dgn agak baik...cuba la dekati anak2 muda dgn program yg boleh menyuburkan minda serta menghidupkan jiwa...ni asyik2 jerit sana sini.mnak tanya sket...banyak mana dpt kutipan derma utk selamatkan utusex tempohari...hehehe...kalo yer pon nak berbakti kpd anak bangsa n agama..nasihatkan betol2 utusex tu agar buang jer gambar2 lurah2 bonjol n pelik2 tuh...rosak bangsa tuhhh....benda2 tuh merangsang remaja utk merosakkan darah keturunan...haper laa yg korang nak bela bangsa agama n raja melayu...contoh kecil pon tarakk..yg ada cium tgn rosmah..adoi adoiii...
      Senget otak diwatnya perkasa neh...katak pon bagus lagi dr korang kalu begini la peelnya

      Delete
  2. Orang melayu apa tah lagi agama islam tidak ingin dan tidak meminta dibela oleh kumpulan2 seperti ini. Melihat daripada tindaktanduk pemimpin2 dan perangai sesetengah ahli kumpulan ini, mereka mendatangkan kesan dan persepsi yang lebih negatif terhadap bangsa melayu dan agama islam.Mana ada dalam AlQuran dan Hadith menyuruh orang2 islam menghina bangsa dan agama lain?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa