Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 20, 2014

Khairy Bijak Mengambil Peluang Tonjolkan Diri.....

Nampak politik bijak Khairy
Walau pun kadang kala di dalam isu tertentu nampak dia seolah melawan arus tapi dia pandai mengambil peluang 'cover-up'

Khairy Jamaluddin kini tulang belakang Putrajaya
mk - FEBRUARY 20, 2014
Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadi menteri paling pantas ke depan mempertahankan kerajaan setiap kali menerima kritikan pembangkang. Gambar fail.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar adalah orang yang berjaya memusnahkan hujah P Waytha Moothy yang meletakkan jawatannya sebagai timbalan menteri apabila berkata pemimpin Hindraf itu bukan pemain dalam pasukan dan mendesak bajet untuk masyarakat India diletakkan di bawahnya.
Menteri lain juga nampaknya mengikuti pendedahan Khairy yang dibuat melalui akaun Twiter, dilihat sebagai usaha bersama selepas sembilan hari Waytha meletakkan jawatan.
Tetapi ia bukan kejadian luar biasa untuk Khairy membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan dengan lebih cepat berbanding menteri lain dan menteri Belia dan Sukan untuk penggal pertama itu dijangka memainkan peranan lebih besar pada masa depan.
Tidak ada menteri lain yang bersungguh seperti Khairy dalam membela Najib dan kerajaan sejak beberapa bulan lalu. Dia aktif di seluruh negara, menggunakan Twitter dan membina rangkaian di seluruh negara untuk Putrajaya.Alasannya: Dalam kabinet yang sangat besar tetapi tidak cekap ini, dia bersinar. Seolah-olah orang bermata satu di kalangan yang buta.
Tambahan lagi, keyakinan semakin berkembang di dalam kem Najib, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan-rakannya menyerang perdana menteri dan keluarganya, orang seperti Khairy yang akan melawan balik dan menjadi barisan hadapan pertahanan.
Sudah tentu ini adalah risiko terpaksa diambil oleh anak muda yang lebih dikenali sebagai KJ ini kerana dia tidak perlu menjadikan musuh Najib sebagai musuhnya. Tetapi adakah dia mempunyai pilihan lain?
Jika Dr Mahathir dan gangnya berjaya menghalau Najib daripada pejabatnya, sudah hampir pasti jalan Khairy ke atas akan tersekat oleh mereka yang mahu melihat dinasti Dr Mahathir sebagaimana Datuk Mukhriz Mahathir mengambil peranan utama sebagai menteri besar di Kedah.
Lagi pula, bukan rahsia lagi tujuan utama Dr Mahathir menentang Najib adalah kerana keputusannya untuk mengekalkan status quo dalam pertandingan merebut jawatan naib presiden Umno tahun lalu.
Mukhriz kalah 9 undi kepada sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di mana kem Dr Mahathir menyalahkan undi blok dari Pahang.
Tetapi kenaikan Khairy sebagai barisan depan pertahanan Najib menunjukkan kurangnya pilihan yang ada kepada Najib.
Walaupun sebahagian besar ahli majlis tertinggi dan Jemaah menteri bersetuju sepenuhnya dengan Najib, namun mereka tidak mempunyai kekuatan dan kebijaksanaan untuk mempertahankan Najib ketika kritikan terhadapnya semakin hebat.
Ia juga merupakan satu penghinaan besar untuk Keluarga Pertama itu yang selama ini melayan Khairy secara endah tak endah kerana beliau dilihat sebagai penggerak utama dalam kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Apabila Najib mengambil alih jawatan bapa mertua Khairy pada April 2009, jawatan Kabinet tidak diberikan kepada ketua Pemuda Umno itu, tetapi sebaliknya diberikan kepada timbalannya, Datuk Razali Ibrahim.
Namun Khairy tetap bersabar dan kemudian dinamakan menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), walaupun dengan bantahan daripada puak Dr Mahathir. Difahamkan bahawa Khairy sepatutnya menjadi menteri lain, tetapi bertukar kerana ingin memuaskan hati Dr Mahathir.
Ketua Pemuda Umno itu juga merupakan ketua jurucakap Barisan Nasional (BN) dan Umno selepas PRU13, di mana BN kalah tujuh lagi kerusi kepada Pakatan Rakyat (PR).
Paling menarik, beliau akan bercakap di persidangan belia Malaysia di Manchester, United Kingdom, bertemakan "Globalisasi Belia Malaysia", yang turut dihadiri Dr Mahathir. – 20 Februari, 2014.

4 comments:

  1. Persis dgn tindakan Anwar mempertahankan bossnya, dlm keadaan pemimpin yg lain ketandusan idea untuk berpencak ke depan. Dari segi moralnya, ia wajar dipuji. Barang perlu diingat, dikalangan pemimpin lebih senior dlm UMNO tentu ada menyimpan perasaan dengki, salah satu ciri jati diri melayu. Dgn wujudnya perasaan dengki itulah Anwar menerima akibat seperti semua maklum. Ingatkah lagi kisah Hang Tuah di Melaka dan Hang Nadim dlm sejarah Singapura dilanggar todak? Melayu islam yg tidak dipagari iman, akan melayan hasutan syaitan mengipas perasaan dengki menjadi dendam kesumat. KJ mungkin sedang menempah jalan bahaya buat dirinya.

    ReplyDelete
  2. mahathir pasti bertambah gila...ni yg makin menarik permainan selepas ini..adakah kem ketua bahagian umno bukit aman akan terus menyokong mahathir??

    ReplyDelete
  3. INI BUKAN BIJAK YOB.KUTU NAK CARI MAKAN,KEMUDIAN NAK JADI PERDANA MENTERI PULAK TU.JADI DIMINUM TODI KE KENA WAIN SIKIT DULU KE KEMUDIAN DIA MEREPEK BAGAI NAK GILA.KAKI KIRAP TELOR PUN CAKAP LE HUH INI MAMAT MEMANG BEST DAH NAMPAK SEBAGAI TOKPH BERWIBAWA.TAPI DAJAL MACAM NI BAK KITA KATA APA LANCAU PUN TARA GUNA PUNYA KAKI.BOLEH CALI CHIBEK SAJA INI BUDAK

    ReplyDelete
  4. Najib pada saat ini sudah tekan butang 'self distructive' Apa sahaja yang dilakukannya rakyat sudah tdak yakin lagi. Dan yang lebih teruk lagi ialah bininya juga dengan senang hati memburukkan lagi keadaan. Barang kali dosa dia kepada Pak Lah sudah patah balik ?

    Biasalah bila perahu sudah goyang, sorang demi sorang akan terjun. KJ orang cerdik. Kesempatan ini harus dipergunakan sepenuhnya. Jadi panglima Najib diwaktu2 saperti ini boleh memberi keuntungan yang lumayan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa