Anna Chidambar - Feb 22 2014
KUCHING: Pengumuman baru-baru ini bahawa kerajaan persekutuan sedang menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM1 bilion, bagi membaiki sekolah di Sabah dan Sarawak adalah dialu-alukan kerana sekolah di kedua-dua negeri ini berada dalam keadaan usang.
Menteri Pembangunan Kebajikan, Wanita dan Keluarga Negeri; Datuk Fatimah Abdullah dan Jabatan Pendidikan Sarawak mengakui bahawa ada sekolah di negeri itu sudah tidak sesuai beroperasi, tetapi masih diguna pakai.
Masa pengumuman ini dipersoalkan, dan pembangkang menyifatkannya sebagai ‘gula-gula’ bagi memancing undi rakyat menjelang pilihanraya negeri, yang dikatakan bakal dijalankan.
Mereka juga menyatakan bahawa jumlah ini tidak mencukupi, kerana dari RM15 sehingga RM20 juta diperlukan bagi setiap sekolah, disebabkan tahap kerosakan yang dialami.
Ketua PKR Sarawak dan juga ADUN Ba’kelalan; Baru Bian berkata: “Masa pengumuman peruntukan ini dipersoalkan kerana ia telah banyak kali dibangkitkan, tetapi tidak disertakan dalam belanjawan sebelum ini. Jadi saya meneka bahawa ia diumumkan kerana pilihanraya bakal dilangsungkan.”
Ramai yang membuat spekulasi bahawa pilihanraya negeri bakal berlangsung di antara September tahun ini dan September 2015. Ini disebabkan Ketua Menteri; Tan Sri Adenan Satem mahukan mandat baru dari rakyat.
Ia kali terakhir dijalankan pada 2011, dan pilihanraya negeri seterusnya perlu dijalankan selewat-lewatnya 2016.
Pemerhati politik yakin bahawa lebih banyak pengumuman peruntukan akan dilakukan pada bulan-bulan berikutnya, kerana Sabah dan Sarawak adalah negeri penting dalam agenda kerajaan persekutuan, dan Sarawak telah mendapat perhatian banyak pihak baru-baru ini.
Sabah dan Sarawak telah lama terpinggir dari segi pemberian sumber dan pembangunan, dan sekarang adalah masa yang sesuai bagi mendapat peruntukan yang lebih besar supaya pembangunan dapat dijalankan, kata mereka.
Sewaktu melakukan pengumuman ini di Lundu baru-baru ini; TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa terdapat lebih kurang 600 sekolah yang uzur di negara ini, kebanyakannya di Sabah dan Sarawak.
Muhyiddin, yang juga menteri pendidikan, berkata yang ada di antaranya hamipr roboh kerana dibina terlalu dekat dengan tebing sungai, sementara yang selebihnya perlu dibaikpulih. Ini perlu dilakukan segera demi keselamatan nyawa para pelajar dan guru-guru.
Walaupun pengumuman ini merupakan sesuatu yang positif, Baru mendakwa bahawa jumlah yang diberikan kerajaan persekutuan dan Jabatan Pendidikan negeri bercanggah. Biar pun jumlah RM1 bilion ini adalah untuk 600 buah sekolah di Sabah dan Sarawak, terdapatnya 800 sekolah, hanya di Sarawak sahaja.
“Pelan Biru Pendidikan menyatakan yang selewat-lewatnya Disember 2013, 1,608 sekolah yang uzur akan dibaikpulih bermula dari Sabah dan Sarawak. Namun tidak dipastikan sama ada 600 sekolah di kedua-dua negeri ini adalah sebahagian dari jumlah keseluruhan ini. Jika ini keadaannya, Kementerian Pendidikan telah gagal mencapai sasaran menamatkan pembaikpulihan selewat-lewatnya pada Disember 2013, tambahnya.
Pakar pendidikan berkata yang sekolah pedalaman di kedua negeri ini harus diutamakan, kerana pelajar sekolah ini ketinggalan di belakang pelajar sekolah bandar, dan memerlukan peluang belajar dan usaha menaikkan taraf kehidupan.
“Sekolah bandar memiliki kelebihan penyumbang swasta dan dapat mengumpul dana membeli kelengkapan, komputer dan alat bantu mengajar, yang tidak dapat dilakukan sekolah di kawasan pedalaman,” jelas seorang pakar pendidikan
Asalamualaikum bos... prasarana pendidikan negara tahap hina macam ini namun ada hati nak ikut negara maju laksana PBS... nodoh menter memang bertingkat-tingkat
ReplyDelete