Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 18, 2014

Ngeri (gambar): Perut Nak Terburai

Tekap perut nak terburai
Oleh Arifin Salleh
Alor Gajah: Dua pekerja kontrak warga Vietnam parah selepas ditikam di dada dan perut oleh rakan sekerja mereka di sebuah tapak projek perumahan di Taman Sedri Pelangi, Rembia, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.15 petang, See Dek, 25, ditikam di bahagian kiri dadanya oleh suspek yang juga rakannya berusia awal 30-an di dalam tandas sebuah bangunan di tapak projek perumahan terbabit.
Difahamkan, rakan mangsa, Ad Win, 40-an, yang cemas melihat rakannya terbaring berlumuran darah sambil menekup dada cuba melawan dua suspek terbabit, namun dia turut ditikam di perut sebelum suspek melarikan diri.
Melihat dua suspek yang juga rakan senegaranya itu melarikan diri, Ad Win bingkas bangun mengejar mereka sehingga ke deretan bangunan kedai sambil menjerit meminta tolong sebelum dia tersungkur berhampiran sebuah kedai runcit kerana kecederaan parah dialaminya.
AD Win cedera parah akibat tikaman di bahagian perut
ANGGOTA paramedik Hospital Alor Gajah memberi rawatan kecemasan kepada seorang mangsa.

Menurut sumber, ketika kejadian kedua-dua mangsa baru saja berehat untuk makan tengah hari di tapak projek berkenaan sebelum didatangi dua suspek dalam keadaan berang sambil memegang sebilah pisau dan kayu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa