Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 20, 2014

Tentera Hilang Di Kaki Gunung Tebu: Hee.hee... Ini Kerja Puteri Gunung Tebu Kot?

Tajuk aku kat atas tu gurau saja.....
Sepanjang yang aku tahu tak ada pula yang hilang kat Air Terjun Belatan
Kalau semasa mendaki atau menurun gunung tebu tu ramai juga yang terkena
Kerana tersesat dan tersangkut akibat keletihan atau ditimpa kecederaan
Itu biasalah......

Apa pun sama-samalah kita doakan semoga Koperal ini ditemui dalam keadaan selamat

Koperal dilapor hilang
Oleh Mohammad Ishak
Jertih: Seorang anggota tentera dilaporkan hilang dari tapak perkhemahan di Air Terjun Lata Belatan, dekat sini pagi semalam.
Koperal Nik Azizi Mohd Nor, 30, dari Batalion 18 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Pantai, Kuala Terengganu dilaporkan hilang kira-kira jam 7 pagi semalam.
Kehilangan anggota tentera terbabit disedari pasukannya ketika panggilan nama mangsa dibuat sewaktu raptai perbarisan. 
Seramai 50 anggota penyelamat kini giat mencari mangsa di sekitar Air Terjun Lata Belatan dan Gunung Tebu sejak semalam oleh Polis, Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Kpl. Nik Azizi Mohd Nor

Unit anjing pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan turut digunakan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa