Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 24, 2014

Cari Jodoh: Idea Yang Bagus, Ada Sesiapa Nak Tiru?

Cari jodoh dengan iklan belakang kereta
Iklan mencari calon isteri yang dilekatkan di belakang kereta Gorbunov.
Orlando: Seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat yang terdesak ingin mencari calon isteri berbuat demikian dengan meletakkan iklan di belakang keretanya.
Stesen televisyen ABC News melaporkan, Alexander Gorbunov memaparkan iklan berbunyi “Saya mencari calon isteri” pada kadbod kuning yang dilekatkan di belakang kereta BMW miliknya. Dia juga melakukan perkara sama di belakang kenderaan merk Hummernya.
Gorbunov berkata, cara itu cukup berkesan. Dia memperoleh kira-kira 500 mesej pesanan ringkas di telefon bimbitnya, selain menerima sekitar 250 panggilan setiap hari.
Malah, panggilan bukan saja diterimanya dari Amerika, tetapi juga dari Perancis, Jamaica, Brazil, Switzerland, Finland dan pelbagai negara lain.
Lelaki yang berasal dari Moscow, Russia itu sudah lama mencari teman hidup sejak empat tahun lalu.

2 comments:

  1. Boleh test drive sekali... wakaka

    ReplyDelete
  2. boleh tiru ni tapi kena ada bmw jugak la bro... takat proton rasanya tak laku... wakaka

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa