Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 22, 2014

"Kami Seperti Hamba"

Sabtu Februari 22, 2014
"Kami Seperti Hamba" - Anak Pasangan Malaysia


Ammar (tengah) bersama adik-adiknya Adam (kiri) dan Arif (kanan).
STOCKHOLM: Anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang didakwa mendera anak mereka berkata rotan yang digunakan terhadap adik beradiknya bertujuan memastikan mereka berdisiplin seperti hamba.
"Ia seperti mereka mengawal kami dengan benda itu. Kami tidak mahu dikenakan hukuman dengan benda itu," kata Ammar , 12, dalam satu temubual yang direkodkan awal januari lalu.
Video temubual itu disiarkan ketika prosiding di Mahkamah Daerah Solna di sini, pada hari Jumaat.
"Mereka fikir mereka seperti tuan dan kami hamba," katanya.
Mendengar keterangan itu, ibunya Shalwati Nurshal dilihat memuncungkan bibirnya dan menyilang tangan.
Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awalluddin ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia dipukul.
Aduannya itu menyebabkan mereka melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Polis wanita yang menemubual Ammar bertanya mengenai alat yang digunakan oleh ibunya itu, Ammar berkata ia dipanggil 'rotan' dalam bahasa Melayu.
Katanya beliau tidak tahu jika istilah rotan terdapat dalam bahasa Inggeris.
Anggota polis turut bertanya jika rotan itu mempunyai kegunaan lain seperti penyangkut baju yang digunakan untuk memukul walaupun ia adalah alat untuk menggantung pakaian.
"Ia digunakan untuk memukul sesuatu," tegas Ammar .
"Saya fikir ia digunakan untuk mendidik. Di Malaysia, beliau (Shalwati) menggunakannya apabila mengajar al-Quran. Apabila saya membuat banyak kesilapan, dia akan memukul saya atau memukul-mukul lantai," katanya.
Apabila ditanya oleh polis bagaimana Ammar tahu adik-beradiknya turut dipukul, Ammar berkata adik beliau akan 'berkongsi kesakitan mereka' tetapi mengakui kakaknya, Aishah lebih berdiam diri.
Perbicaraan bersambung Isnin.

4 comments:

  1. peraturan dinegara kafir begitu tapi kita tak mau pula buat peraturan yang tegas contoh mudah dipasaraya ruang khas untuk jual babi dan kaunter bayaran boleh dibuat tapi sayang untuk segala jenis arak dibiar begitu saja bercampur dengan barangan keperluan biasa.
    sepatutnya arak mesti dibuat ruangan khas dan kaunter untuk bayarannya dan juruwang mesti bukan Islam.
    inikan negara Islam.

    ReplyDelete
  2. Setiap negara ada peraturan sendiri. Suka hati diorang lah nak kuatkuasakan undang-undang mereka. Sedarkah kita bahawa anak-anak ini sendiri yang telah menghantar ibu bapa mereka ke penjara, dengan membuat aduan kepada pihak berkuasa. Media menggambarkan mereka mangsa tetapi ibu bapa mereka lah sebenarnya mangsa keadaan. Seperti sia-sia melahirkan dan mendidik anak-anak yang tidak menghargai ibu bapa mereka. Nanti kalau dah tiada ibu bapa, baru tahu langit itu tinggi atau rendah. Kalau tak kerana maka bapak kau pun, kau takkan merasa sekolah di Sweden tu.

    ReplyDelete
  3. Nauzibillah. Apa sudah jadi kepada anak2 ini? Di mana silapnya? Mungkinkah disebabkan mereka terdedah dengan cara berfikir hasil pendidikan di sekolah atau hasil pergaulan mereka dengan kawan2 sebaya di Sweden? Dunia memenag mengenali kebebasan melampau yang diparktiskan di negara tersebut atas alasan hak individu.Mungkin peristiwa ini boleh dijadikan teladan dan ingatan kepada ibubapa yang sangat cenderung membesarkan anak2 mereka di negara2 Eropah.

    ReplyDelete
  4. Ini semua adalah salah Anwar Ibrahim

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa