ISMA pula ibarat budak mentah yang suka cakap merapu!
Jangan tertipu, Perkasa bukan pro-perbincangan antara agama, komen gereja Anwar bermotifkan politik
Hazlan Zakaria
KOMEN: NGO hak Melayu; Perkasa bukanlah platform paling sesuai bagi mempromosikan dialog antara agama kerana pendirian mereka lebih bersifat konfrontasi daripada perdamaian, tetapi tidak boleh dinafikan yang komen gereja yang dibuat Anwar adalah bermotifkan politik.
Walaupun mendakwa mereka berjuang mempertahankan perlembagaan, Perkasa telah membuktikan yang mereka hanya berbuat sedemikian bagi menghalalkan tindakan melampau mereka.
Pemerhati politik telah melabelkan Perkasa sebagai ‘kontraktor’ UMNO bagi mendapatkan sokongan pengundi Melayu berhaluan kanan, yang tidak lagi selari dengan haluan ‘sederhana’ parti itu di bawah kepimpinan presiden; Datuk Seri Najib Razak.
Perkasa marah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput bercakap dalam sebuah perbincangan antara agama di sebuah gereja di Kajang, dan mahukan mereka turut dijemput.
Sebagai penganjur dialog ini, pengarah eksekutif Centre for Reform yang dikaitkan dengan PKR; Dr. Edmund Santhata, memberi respon tepat kepada sebuah portal berita yang bertanya sama ada dia akan menjemput Perkasa ataupun NGO lain di Kajang:
“Perkasa diketahui bukan sahaja kerana pandangan sempit mereka, malahan kebarangkalian mereka untuk memainkan isu perkauman dan kebencian agama, jadi apa-apa cadangan bagi menjemput mereka menghadiri forum antara agama adalah tidak masuk akal.”
Dia memberi respon ini terhadap naib presiden Perkasa; Zulkifli Noordin yang mencabar Holy Family Church (HFC), lokasi forum ini dan Centre for Reform untuk turut menjemput NGO Perkasa dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Santhara bagaimana pun sedia menjemput Najib untuk menghadiri acara yang sama.
Zulkifli turut menuduh yang acara ini berbaur politik dan Anwar menggunakan acara ini untuk memancing undi bagi pilihanraya kecil Kajang.
Santhata berhujah yang acara ini adalah majlis sosial dan bukannya politik, sebuah ubat yang diperlukan negara ini yang dilanda ancaman golongan pelampau.
Tetapi, tiada siapa yang dapat mengatakan bahawa kehadiran Anwar tidak bermotifkan politik.
Jika dia jujur, dia sudah pasti tidak akan menyentuh mengenai Kajang dan rancangannya untuk bandar ini jika dia menang.
Ia taktik politik yang baik, cuma janganlah ia dinafikan sehingga dia pula kelihatan dangkal.
Sudah jelas bahawa dia berada di sana bagi memancing pengundi. Walaupun strategi canggih Anwar dirangka perancang utamanya; Ahli Parlimen Pandan; Rafizi Ramli, PKR dilihat banyak menggunakan strategi perhubungan awam tradisional.
Jika mereka ingin mula menggunakan strategi politik moden seperti ‘Serampang Kajang’, mereka juga perlu memiliki kesedaran politik yang lebih matang.
PKR perlu memperakui yang kehadiran Anwar dalam majlis itu adalah strategi politik, tambahan pula dia telah mengumumkan yang pilihanraya kecil Kajang akan menjadi sebuah platform perpaduan.
Janganlah bersikap naif mengenainya. Ya, Perkasa bukanlah peserta terbaik perbincangan antara agama, tetapi sudah jelas bahawa kehadiran Anwar bermotifkan politik
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa