Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 28, 2014

Kadir Bikin Panas Lagi!

Mustahil tu tidak
Logik pun tidak
Dalam politik serba mungkin

Kadir Jasin: Najib dan Anwar patut berpakat menentang Dr Mahathir dan Daim
OLEH SYAHIRAH RASHID
FEBRUARY 28, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 28, 2014 01:26 PM
Kadir yakin pakatan Najib dan Anwar akan menggembirakan semua pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 28 Februari, 2014.
Kadir yakin pakatan Najib dan Anwar akan menggembirakan semua pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 28 Februari, 2014.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh melawan pengkritiknya jika beliau berpakat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.
Menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press Bhd itu, sekiranya kedua-dua pemimpin tersebut berpakat, kesudahannya pasti menguntungkan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib dan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Anwar.
"Kritikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin terhadap Najib boleh diketepikan sekiranya Najib berpakat dengan Anwar.
Pakatan Najib dengan Anwar mampu menguatkan lagi kedudukannya, serta menghapuskan PR dan pengkritiknya yang paling lantang."Najib dan kumpulannya boleh bergantung kepada Anwar untuk berlawan dengan Dr Mahathir dan Daim," kata Kadir dalam tulisan di blognya The Scribe hari ini.
"Anwar boleh menikmati keistimewaan dan juga dilindungi, sekiranya beliau menjadi ahli kerajaan. Semua orang akan bahagia" katanya.
Sebelum ini, Daim pernah mengkritik Najib sebagai seorang pemimpin yang tidak tegas dan rapuh dalam menguatkuasakan undang-undang negara.
Beliau turut mengatakan bahawa ahli Kabinet yang dilantik datang daripada mereka yang cetek pengetahuan dan tidak mempunyai semangat patriotisme.
Daim juga turut mengkritik Anwar dan menggelar pemimpin pembangkang tersebut sebagai gila publisiti dan sukakan perhatian, selain tidak mampu menyelesaikan masalah.
Menurut Kadir, selain menentang Daim, Anwar juga boleh menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hasil pakatan dengan Najib.
"Anwar mempunyai kebolehan menjauhkan Selangor daripada PR sekiranya beliau berasa hampir kalah. Sekiranya beliau berpakat dengan Najib, beliau boleh mengeluarkan Khalid," katanya.
Spekulasi timbul bahawa Anwar akan menggantikan Khalid sekiranya beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac nanti.
PRK Kajang diadakan selepas peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan tersebut, Lee Chin Cheh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding disana.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 23 Mac untuk hari PRK dan 11 Mac sebagai hari penamaan calon. – 28 Februari, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa