Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 26, 2014

‘Bau busuk’ Golongan Perusak Perpaduan Dihidu Dari Mana?

Yang bangga potong (bukan sembelih) ayam dan tawaran ganjaran untuk penampar pun dari golongan mana?
Yang tunggeng punggung juga dari puak mana?

Jangan berdolak-dalih, tidak perlu takut-takut
Ng Kee SengDikemaskini 06:06PM Feb 25 2014

SEKILAS PANDANG: Pada 25 Februari, Malaysian Insider menulis rencana yang bertajuk “Bagi sesetengah pihak, mereka berusaha musnahkan Malaysia”
Kenapa “sesetengah pihak”? Tidakkah mereka tahu siapa dalangnya?
Siapakah yang turun ke jalanan dan mengancam pertumpahan darah dan Tragedi 13 Mei? Siapa yang berkata “bakar Bible yang mengandungi kalimah ‘Allah’?”
Siapa yang berdemonstrasi di Shah Alam dengan kepala lembu pada 2009?
Siapa yang menyuruh sesiapa yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN) untuk keluar dari Malaysia?
Entah mengapa, ‘bau busuk’ golongan anti-perpaduan ini dihidu dari UMNO.
Bukankah kerajaan mengakui yang mereka melindungi dan menyokong kumpulan hak Melayu; Perkasa? Siapakah penasihat Perkasa? Bukankah Tun Dr. Mahathir Mohamad?
Mengapa mereka dan kumpulan pelampau kaum dibenarkan untuk menggugat perpaduan negara tanpa diambil tindakan?
Sekali lagi, nampaknya disebabkan kerajaan BN yang dipimpin UMNO.
Adakah ini kerana mereka mempertahankan dan melindungi Islam dan Allah? Ia hanya bagi melindungi UMNO dan hanya Melayu UMNO yang mempersetujui sentimen anti-Malaysia sebegini, bukannya orang Melayu dalam PAS dan PKR.
Apa yang sudah jadi dengan 1Malaysia Perdana Menteri; Datuk Seri Najib Razak? Hanya rakyat Malaysia yang boleh menjawabnya.
Kita ada hak memprotes, tetapi bukan untuk membuat kekacauan di antara agama dan kaum, dengan tujuan menggugat kestabilan perpaduan negara.
Aktivis berhak memperjuangkan bidang mereka, tetapi bukan dengan cara yang tidak bertanggungjawab. Lakukannya secara berhemah dan dengan kebijaksanaan, bukan dengan kekerasan dan ancaman.
Tidak perlu bersifat tidak bertamadun.
Janganlah kita berdolak-dalih. Kenyataannya adalah, semua protes Perkasa yang tidak bertamadun ini, dikaitkan dengan UMNO.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa