Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 26, 2014

Siapa Lagi Yang Harus Dipersalahkan Kalau Tidak Mulut Sendiri!

Aku ingat malas nak sentuh isu ni
Tapi oleh kerana kes ni nampak pelik, aku terasa juga gatal tangan

Mulanya Isu ini timbul ramai yang kata akibat penggilap di kiri-kanan Hadi
Ada yang pedajal Hadi
Tapi apa pun kenapa orang lain dipersalahkan?
Takkan Hadi sendiri tak tahu buruk dan baik?
Pada akulah, kalau disedari dah buat silap minta maaf ajerlah
Itukan ajaran Islam?
Tak kiralah PM atau Presiden parti - parti Islam pulak tu!
Kecuali dia yakin mendapat maklumat yang betul dan apa yang dia kata itu benar
Kalau benar kenapa tidak hadir ke Mahkamah?

PKR harap kes saman Hadi selesai cara baik
PKR berharap kes saman fitnah yang menyebabkan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang diperintah membayar ganti rugi RM2 juta kepada seorang pemimpin akar umbinya diselesaikan dengan cara baik.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, saman oleh Ketua Angkatan Muda PKR Dungun Mohd Shamsul Mat Amin itu perlu diselesaikan dengan baik demi kebaikan dan kesepakatan bersama.
“Pimpinan PKR telah mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman ini tidak perlu diteruskan.

“Namun Saudara Mohd Shamsul telah bertegas bahawa beliau perlu membersihkan nama dan maruah beliau akibat dakwaan yang dibuat sewaktu pilihan raya umum ke-13,” kata Fahmi.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan semalam selepas Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan pada 5 Disember lalu.

Peguam kepada Shamsul, A Vasudevan berkata, mahkamah turut memerintahkan Hadi membayar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi itu dari tarikh writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Vasudevan dilapor berkata, Hadi gagal hadir sepanjang tiga kali kes itu disebut di mahkamah dan tidak mengemukakan sebarang memorandum ketidakhadiran atau pembelaan terhadap tuntutan itu.

Shamsul (plaintif) memfailkan saman bagi membersihkan namanya, susulan ceramah Hadi (defenden) di Alor Limbat yang didakwa mengaitkan calon PKR itu dengan pil kuda. - sumber

6 comments:

  1. berhati hati itu kan lebih baik dari cakap berapi api akhirnya terkena jugak percikannya

    jangan lupa bisikan syaiton amat bahaya kepad manusia

    ReplyDelete
  2. Rasa2nya x perlu mohon maaf kerana x de nama2 disebut secara spesifik.. spt mana strategi pkr utk kajang move kononnya begitulah pas yg telah belajar dari kesilapan pkr dlm pru 12 yg mengenengahkn calon2 lompat hingga perak tergadai..

    ReplyDelete
  3. Uslub dlm berdakwah itu tinggi dan halus caranya.kdg2 amat sulit difahami.walauapa pun setiap pendekatan perlu berhati2 dlm menjaga kemaslahatan semua pihak.penerangan dlm dakwah amat penting penting.ia boleh dilakukan dgn berbagai cara.jika berlaku kesilapan atau sbagainya perbetulkan dgn sebaik2nya.bnyk yg dpt dipelajari dlm hal saman ini.yg pasti kebenaran tetap akn dtg.pedih atau terkorban adalah sebahagian dr natijahnya.pokok pangkalnya kita sebagai manusia x lari dr kesilapan.jika mempertahankan itu benar,teruskan.sekiranya silap akuilah ia utk teladan serta bertanggungjwb.apa pun kejadian telah berlaku..kemusnahan telah terjadi.natijah seterusnya pakat2 tunggu.perjuangan utk kebaikan perlu diteruskan.jatuh dlm lubang jgn dok diam ajer.bangkit keluar walau luka calar balar atau patah.terutama org yg diberi tanggungjwb.kebenaran itu sentiasa menang.ia x memerlukan kehebatan atau apa2..yg penting jgn biarkan kebenaran itu meninggalkan diri.

    ReplyDelete
  4. Menantu kesayangan Din Ayam la yang bawa cerita kepada bapak mertua kerana berniat mahu sabotaj beberapa calun PKR. Padan le muka.....

    ReplyDelete
  5. Hadi patut bertanggungjawab dengan bayar sendiri RM2Juta kalaupun tidak mohon maaf.

    Tindakan meminta bantuan luar selesaikan masalah 2Juta ini tunjuk kebenaran ke baculan hadi setanding Najib.

    Apalah jadi ulama jika bacul menghadapi dugaan dunia yang singkat ini.

    ReplyDelete
  6. Sedang menunggu dan tunggu kenyataa TGHAH.playsafe or leraikan kekusutan atau bertindak tegas.yg penting berpaksikan kebenaran.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa