Keseluruhan pentadbiran FAM harus diubah!
Zainol Fadzi: TMJ muncul tepat pada masanya
24 Mei 2014
KEMUNCULAN Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam arena bola sepak tanah air dilihat sebagai penyambung nyawa di kala prestasi pasukan kebangsaan semakin merudum.
Keberaniannya untuk bertanding kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) esok, mencabar kedudukan Sultan Ahmad Syah adalah langkah terbaik bagi menyelamatkan maruah bola sepak negara.
Bukan menidakkan keupayaan Sultan Ahmad Syah, namun komitmen dan visi Tunku Ismail dilihat begitu dekat dengan hati pencinta dan penyokong sukan bola sepak negara yang ternyata dahagakan perubahan dan pembaharuan.
Ikuti temubual Editor Johor, Hanafiah Hashim, wartawan Sukan, Nurul Riduan Nor Ashaha dan jurugambar, Afiq Razali bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), DATUK ZAINOL FADZI PAHARUDIN bagi berkongsi pendapat berhubung keberanian Tunku Ismail.
Dalam saat akhir sebelum pemilihan berlangsung esok, bagaimanakah datuk melihat tiupan angin perubahan yang mahukan pembaharuan dalam FAM?
Terus terang saya katakan persatuan negeri sudah lama mahukan perubahan dalam FAM. Kami sudah lama tertekan dengan pelbagai permasalahan yang terhimpit terutamanya dalam usaha untuk melakukan pembangunan bola sepak di peringkat negeri.
Kekangan kewangan yang terpaksa dilalui akibat kekurangan bantuan daripada FAM membuatkan persatuan negeri tertekan. Jadi angin perubahan begitu kuat dalam kalangan perwakilan negari yang mahukan pembaharuan. Masanya sudah tiba dan kami berharap ia mampu menjadi realiti.
TMJ dengan beraninya menyahut cabaran bertanding jawatan Presiden FAM. Apa pandangan Datuk berhubung keputusan TMJ tersebut?
Saya lihat TMJ adalah seorang yang bermotivasi tinggi untuk melakukan perubahan dalam FAM. Apa yang saya boleh katakan di sini adalah Tunku Ismail muncul pada waktu yang bertepatan.
TMJ hadir di kala sukan bola sepak negara dan FAM khususnya dalam ketenatan. TMJ mahukan bola sepak negara kita meningkat dan bukannya terus merudum.
Lihat sahaja apa yang telah TMJ lakukan dalam tempoh dua tahun sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), bola sepak mereka berada di tahap baru.
Tidak mudah untuk orang lain melakukan yang yang sudah dilakukan oleh TMJ dalam memastikan bola sepak Johor berada di satu tahap yang baru.
Sebelum ini ada yang mengatakan TMJ masih muda dan tidak layak untuk menyandang jawatan Presiden FAM. Apa pandangan Datuk berhubung kenyataan tersebut.
Faktor umur bukan menjadi ukuran yang penting keinginan untuk lakukan perubahan dan TMJ sudah membuktikannya di dalam PBNJ itu sendiri.
Dalam tempoh dua tahun, TMJ melakukan perubahan yang drastik dan ia terbukti berjaya. Keberanian TMJ untuk melakukan perubahan itu harus dijadikan faktor.
Bukan menidakkan apa yang dilakukan oleh Sultan Ahmad Syah sepanjang 30 tahun menjawat jawatan sebagai Presiden tetapi kita perlu bagi peluang kepada kepimpinan baru.
Mungkin kepimpinan baru itu dapat meningkatkan lagi prestasi sukan bola sepak tanah air. Kesungguhan TMJ sudah terbukti.
Penyokong bola sepak tanah air juga menyatakan sokongan yang penuh supaya ada pembaharuan dalam bola sepak tanah air. Apa pandangan Datuk berhubung situasi ini?
Satu ketika dahulu, bola sepak negara berada pada satu tahap yang amat membanggakan dan jauh kehadapan berbanding negara Asia lain. Namun akhir-akhir ini, kita jauh ke belakang, jauh ditinggalkan oleh Jepun dan Korea Selatan malahan di kalangan negara Asia Tenggara sendiri.
Situasi itu bukan satu perkara yang perlu dibanggakan. Sebab itu penyokong mula bersuara. Mereka bangkit mahukan perubahan malah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Apa yang Datuk harapkan terhadap persatuan negeri berhubung keberanian TMJ bertanding jawatan Presiden FAM?
Apa yang saya perlu katakan di sini adalah perwakilan negeri perlu tampil berani, seiring dengan keberanian TMJ yang mahukan perubahan. Sudah tiba masanya kita melihat kehadapan, bukan hanya untuk pembaharuan FAM itu sendiri tetapi dalam persatuan negeri itu sendiri.
Kita sedah jelas dengan visi yang misi yang akan TMJ andai menjawat jawatan Presiden.

negara-negara lain mana ada raja terlibat dalam persatuan bola sepak? hanya malaysia sahaja yang berbuat dekinian, mentaliti melayu yang kuat menmgampu menyebabkan mutu bolasepak kita juah ketinggalan,
ReplyDeleteBkn raja sultan jer x yah.ahli politik pon pee main jauh2...rosak teruk dah bola kita.korea pon tak hingin main persahabatan dgn kita.punya laa lekeh.l n no klas..
ReplyDeleteSiapa yg banyak cakap dan mempersenda tu, libas je dgn kayu ....
ReplyDelete