Dyana Sofya calon DAP PRK Teluk Intan
Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid hari ini berkata beliau percaya, untuk wanita merentasi sempadan jantina dalam politik, mesti melalui kemampuan melebihi kaum lelaki.Sambil menegaskan tiada masalah dengan wanita muda dan cantik dalam politik, Jahara berkata lebih baik mempunyai lebih suara wanita dalam Parlimen.
Merujuk kepada Dyana Sofya Mohd Daud, beliau bagaimanapun membangkitkan bahawa calon DAP itu “datang daripada usaha BN” melalui Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan di DUN hari ini.
Dyana, 27, menentang Presiden Gerakan Mah Siew Kong, 53, dalam pertandingan satu lawan satu.
"Kacang lupakan kulit," sambung ADUN Teluk Ayer Tawar itu lagi.
Exco: Kami cuma muak dengan BN
Pada ketika itu, ADUN DAP Seri Delima RSN Rayer menuntut Jahara menarik balik kenyataan itu.ADUN PKR Seberang Jaya dan exco negeri Dr Afif Bahardin (kiri) menyokong perkara itu, dengan berkata:
"Sebagai belia, kita berpaling daripada Umno bukan kerana 'kacang lupakan kulit' tetapi kerana kita muak dengan politik Umno dan BN.”
Sementara itu, Speaker Law Choo Kiang pada mulanya mengarahkan Rayer untuk duduk apabila ADUN Seri Delima itu memetik peraturan tetap dewan, bahawa Jahara perlu menarik balik kenyataan itu.
Akhir sekali, Jahara membenarkan beliau untuk bercakap dan Rayer menjelaskan:
"Saya hanya mempertahankan hak-hak wanita. Jika anda (Jahara) menghormati wanita, tarik balik kenyataan itu.”
Isu itu reda selepas Law Choo Kiang, yang juga ADUN PKR Bukit Tambun mengarahkan Jahara meneruskan ucapannya. - mk
Calon DAP itu “datang daripada usaha BN” melalui Universiti Teknologi Mara (UiTM). LOL
ReplyDeleteBerita dari UiTM, kerana Dyana Sofya Mohd Daud calon DAP, rektor-rektor UiTM dari seluruh Malaysia dikehendaki hadir ke Kursus BTN di Balik Pulau mungkin 2 minggu lagi.
Abe,
ReplyDeleteSiapa Jahara ni? Inilah contoh p3mikiran UMNO yang dikatakan kuno,ketinggalan dan mempunyai masaalah memahami dinamika politik masa ini.
Woit.....rujuk le kepada jawapan Dyana kepada statement Shahrizat dan Razali Ibrahim. Awat la lembab sangat kefahaman ni...isu ni dah ditanya dan dah dijawab. Orang yang membangkitkan isu in8 dah pun terduduk d3ngan jawapan dari Dyana.
Inilah spesis yang Dyana dok sekolahkan Sharizat. Sebab dikekalkan manusia2 seperti Jahara ni le, golongan muda tak m3ndapat peluang dalam UMNO.
Makcik ooi.....cerita dah basi le. Makcik dah patut bersara dan melayan cucu ie.
Uitm tu bapak jaharah punya ker?
ReplyDeleteDengan Nama Allah SWT
ReplyDeleteAllah Hu Akhbar, Monkey pun lebih bijak dari Puan Jahara ni .Monkey pun tahu dan buang (lupakan )kulit kerana nak kan isinya. Patutlah didikkan Ketua ketua UMNO sibuk suruh ahlinya supaya makan kulit kacang berbanding isinya. Malu lah sikit Pn Jahara ooiii. ikut minda seekor Monkey hanya makan isinya dan buang kulit kacang tersebut.
sebenarnya wanita2 dalam amonok ni dah tergugat dgn kehadiran dyana di pentas politik..silap2 kj, adnan mansor pun lari ma..
ReplyDeleteI visited many websites except the audio feature
ReplyDeletefor audio songs existing at this website is genuinely marvelous.
Also visit my blog; plenty of fish dating site of free dating
Hello, Neat post. There is an issue with your web site
ReplyDeletein internet explorer, could check this? IE nonetheless is the marketplace chief and a good element of other people will
miss your magnificent writing because plenty of fish dating site of free dating this problem.