'Wang tebusan dibayar untuk bebas mangsa culik'
mk - 31 May 2014
Sejumlah besar 'wang tebusan' telah dibayar untuk membebaskan dua tebusan wanita yang diculik dari sebuah pusat peranginan di Sabah, demikian mengikut laporan Reuters.
Ini bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa tiada wang tebusan dibayar untuk membebaskan pelancong China Gao Huayun dan pekerja hotel keturunan Filipina Marcy Dayawan.
Kedua mereka diculik oleh lelaki bersenjata dari kumpulan Abu Sayyaf dari 'Singamata Adventures and Reef Resort' di Semporna 2 April lalu.
"Sumber polis Filipina bagaimanapun memberitahu Reuters bahawa wang tebusan yang besar dibayar untuk membebaskan wanita itu. Jarang sekali Abu Sayyaf membebaskan tebusan yang mereka culik tanpa membayar wang tebusan," kata laporan hari ini.
Bagaimanapun laporan itu tidak menyatakan sebarang maklumat terperinci mengenai wang tebusan tersebut seperti jumlahnya dan sumber yang membayarnya.
Kumpulan pengganas Islam itu sebelum ini meminta 500 juta Peso (RM36.8 juta) untuk membebaskan Gao tetapi tidak meminta sebarang wang tebusan untuk Dayawan.
Tahun lalu, Abu Sayaaf dibayar PHP4 juta (RM294,000) untuk membebaskan warga Australia Warren Rodwell. Pada mulanya mereka menuntut wang tebusan sebanyak PHR7 juta (RM515,000).
Sukahati diala byr ke tak byr..duit dia..kan msia ni dia punya
ReplyDelete