Kambing kata: Kau ni dah segak dengan coat yang bersinar dan mahkota yang berkilat di kepala tapi sayang kaki tak berkasut
Jawab ayam jantan: Engkau pun apa kurangnya siap dengan coat dan berperfume lagi. Berjanggut bagaikan lebai serta berkasut boot tapi sayangnya 'telor' kau di luar terkantung-kantung!
Hindraf anggap kenyataan MIC jenaka
V Shuman
SEKILAS PANDANGAN: Apa yang berlaku apabila dua parti yang seharusnya mewakili kaum minoriti di Malaysia bertelagah sesama sendiri?
Pertembungan mencuit hati. Inilah yang terjadi ketika Hindraf bertelagah dengan MIC di Teluk Intan.
Hindraf memperkecilkan kenyataan MIC bahawa “kaum Indian akan kembali menyokong BN di Teluk Intan,” dan menganggapnya satu jenaka.
Di dalam kenyataannya, setiausaha Hindraf P Ramesh berkata parti itu hairan dengan kenyataan yang dibuat ketua Pemuda MIC P Punithan bahawa masyarakat India akan kembali mengundi BN selepas Ops "Jejak" and "Jelas” dilancarkan MIC.
Ia bagi menjejaki 2,500 pengundi berbangsa India berusia di bawah 40 tahun bagi menyakinkan mereka agar mengundi Barisan Nasional.
“Mereka (MIC) bermimpi apabila mengeluarkan kenyataan aneh sebegitu seminggu sebelum pilihanraya kecil di situ diadakan. Masyarakat India di Malaysia tidak lupa bagaimana BN menipu mereka kerana gagal memenuhi janji pada PRU13 sepertimana yang ditandatangani dengan parti (Hindraf).
“Perdana Menteri menghancurkan kepercayaan (yang diberi kaum India) dan telah menipu mereka. Dia tidak akan dipercayai lagi,” ujar Ramesh.
MIC yang sewajarnya mewakili kaum India sejak Merdeka jelas gagal melaksanakan tanggungjawab mereka, katanya lagi.
“Rakyat tidak lagi hormat pada MIC yang diterajui pemimpin yang hanya memikirkan kepentingan diri,” tegas Ramesh.
Kenyataan Ramesh ada benarnya. MIC telah lama hilang imejnya sebagai pelindung kaum India kerana kepimpinan yang goyah. Parti tersebut semakin suram semenjak dipimpin Datuk Seri G Palanivel yang menggantikan Datuk Seri S SamyVellu.
Palanivel kerap mendiamkan diri walaupun berdepan suara lantang di dalam parti yang mempersoal halatuju MIC, di dalam menangani isu berhubung bangsa India.
Bagaimana pula Hindraf?
Apa yang dicapai pemimpinnya P Waythamoorthy selama setahun bersama BN? Beliau pernah tinggal di dalam buangan di London selepas menganjurkan perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur pada 2007.
Waythamoorthy kemudian dilantik ke jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri sekembalinya ke Malaysia. Beliau meletak jawatan selepas setahun kerana gagal memastikan peningkatan sosio-ekonomi kaum India seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Persefahaman yang ditandatangani Perdana Menteri.
Jika Waythamoorthy jujur di dalam perjuangannya, beliau tidak wajar bersama-sama BN malah keputusannya meletak jawatan sedikit sebanyak mencalar kredibilitinya selaku pemimpin.
Hakikatnya, tidak ramai orang-orang India yang memandang tinggi kepimpinan Waythamoorthy. Pada masa yang sama, keadaan serupa juga melanda MIC.
Mereka sebenarnya dua kali lima.
Baik MIC mahupun Hindraf tidak memberi sumbangan kepada masyarakat India yang dapat mereka banggakan.
Dan apa perlunya pelbagai parti bagi mewakili komuniti minoriti ini?
Sewajarnya MIC, Hindraf dan hampir sedozen lagi parti yang mewakili kaum India bergabung bagi membentuk barisan yang kukuh dan bersatu suara bagi kepentingan bangsa ini.
Cukuplah bertelagah sesama sendiri kerana ia tidak langsung membantu kaum India.
Abe
ReplyDeleteSatu lagi puak ni ialah geng mamak-mamak. Mamak ni adalah kaum india yang berugama Islam jika kita ikut gen3 biologi dan DNA. Gene biologi dan DNA mereka ni sampai kiamat pun tak berubah.
seperti kaum china saja
ReplyDelete