Adakah pemimpin UMNO menyokong kegilaan dan kekerasan?
Islam dan Melayukah begitu?
TPM: Serbu HQ DAP reaksi 'semula jadi'
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Pemuda Umno menyerbu dan dan mengugut untuk membakar ibu pejabat DAP sebagai satu "reaksi semula jadi" untuk "mempertahankan imej parti" itu.
"Itu reaksi secara semulajadi, apabila dicabar dan tercabar mereka tidak akan berdiam diri."Sikap Pemuda sentiasa tidak berdiam diri apabila tercabar," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan hari ini.
Ditanya jika kenyataan wakil rakyat DAP, RSN Rayer, dan reaksi Umno boleh mencetuskan peristiwa seumpama 13 Mei 1969, Muhyiddin menegaskan beliau tidak fikir ia akan "pergi begitu jauh".
"Saya tak fikir begitu jauh (kemungkinan terjadi peristiwa 13 Mei).
"Itu satu langkah yang mereka ambil untuk mempertahankan imej parti," katanya.
Muhyiddin menegaskan bahawa Umno sentiasa bertindak berdasarkan undang-undang. Namun, tambahnya, tindakan Pemuda Umno itu perlu "diberikan perhatian".
"Saya kira kita adalah parti yang sentiasa mendokong perlembagaan negara, dan tindakan itu harus diambil perhatian.
Pemuda Umno Wilayah Persekutuan dikepalai oleh ketuanya, Mohd Razlan Mohd Rafii semalam mengugut akan membakar pejabat DAP di Jalan Pudu jika ADUN DAP Seri Delima, RSN Rayer mengulangi kenyataan "Umno celaka". - mk
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa