Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 30, 2014

Kekadang Aku Kesian Kat Timb. Menteri Ni?

Segala yang diucapkan untuk mempertahankan tindakan kerajaan menjadi kartun
Nak kata Badot, tak ada pulak sarkis

Bukan berkenaan barang turun hargalah  Mad Maslan oiii....tapi harga barang tu sendiri
Kalau dah sememangnya mahal, bila harga dinaikan kerana tindakan kerajaan, adakah barang itu akan lebih murah dari sebelumnya?
Kalau dah ngok janganlah ingat orang lain pun ngok macam kita juga!

Ko banding harga barang di Singapura - kenapa bandingkan barang jer?
Cer tengok gaji dan pendapatan bulanan penduduk Singapura, banyak dari Malaysia tak?

'Bagitau saya negara mana harga barangnya turun...'
mk - 3:37PM - 30 May 2014
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata rakyat Malaysia masih boleh makan tanpa perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut beliau pelbagai barangan makanan dan keperluan asas telahpun dikecualikan kerajaan dari cukai kontroversi itu dan membantu kehidupan rakyat dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

"Barang dapur tiada GST beras, gula ikan semua...

"Jadi kalau nak masak tak kena GST, kalau untuk yang bukan Islam, babi pun tak kena GST.

"Pasar malam tak kena GST, Pasar Rabu Khamis semua tiada GDT

"Jadi pakai baju merah berkumpul berdemonstrasi itu untuk apa?" kata beliau dalam sesi penerangan GST kepada imam, guru agama dan wakil NGO bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Putrajaya hari ini.

Tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Malaysia akan melaksanakan sistem GST pada kadar cukai 6 peratus mulai 1 April 2015 ketika membentangkan Bajet 2014.

Menurut Ahmad, cukai GST adalah lebih telus kerana ia termasuk dalam resit dan menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan (SST) pada kadar 6 dan 10 peratus yang dikutip kastam sebelum.ini.

Ahmad turut mencabar pihak pembangkang yang menentang implementasi GST ini kerana menyokong cukai SST yang dakwanya disembunyikan dan ditambah kosnya kepada pembeli dan mampu menjadikan nilai eksport Malaysia lebih berdaya saing di pasaran dunia.

"Sekarang GST tak ada cukai eksport. Kita lebih berdaya saing kerana barangan eksport kita jadi lebih murah. Inipun pembangkang tak mahu.

Beliau turut menjelaskan betapa sebahagian golongan peniaga lari daripada membayar cukai dan beroperasi di bawah ekonomi terselindung dan menjejaskan pendapatan kerajaan.

"Ekonomi terselindung ini besar. Ikut data ada kira-kira 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

"Kenapa pembangkang tak setuju? Adakah mereka ini bersekongkol dengan golongan yang lari daripada cukai?" soal beliau.

Ahmad turut menempelak kenyataan mereka yang berkata kerajaan gagal menangani masalah kenaikan kos hidup di Malaysia.

Menurut beliau kerajaan telah berusaha dan memberi penekanan kepada aspek pendidikan, kemahiran dan perniagaan bagi memastikan pendapatan rakyat bertambah kerana fenomena kenaikan kos hidup berlaku di seluruh dunia.

"Tolong bagitau saya negara mana yang harga barangnya turun, kos hidupnya turun.Saya nak pergi pakai tambang sendiri nak belajar. Tak jumpa, tuan puan.

"Yang saya jumpa hanya Malaysia. Sebab minyak murah seludup Thailand dan Indonesia. Barang kita lebih murah dari Singapura jadi mereka shopping di sini," kata beliau.

2 comments:

  1. mat telan ni ingat semua orang nak ditelannya
    barangan eksport kita jadi lebih murah
    barang impot tak sebut pun
    dia ingat imam yang dikumpulnya tu boleh jadi tukang kempen dia
    lani orang tak takut kat tok imam pun
    bila keja dengan puak depa ni apa bole buat bila depa rasa nak himpun orang depa buat la majlis

    ReplyDelete
  2. Sekarang sahlah mamat ni bangang terlampau, mengalahkan menteri ayam tonggong.Cakap merapu macam tak pernah pergi sekolah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa