Sebelum ini, sebelum Panda dibeli tidak lancarkah perdagangan China-Malaysia?
Logikkah kerana dua ekor Panda Rakyat China dan Kerajaan China menjadi lebih mesra terhadap Malaysia?
Adakah dua ekor Panda itu bertaraf Duta?
Panda Beri Impak Positif Perdagangan Malaysia - China
Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 1:56 PM - mStar
Fu Wa dan Feng Yi kini dalam proses penyesuaian dengan suasana baru di Zoo Negara.
TELUK INTAN: Rakyat harus melihat kehadiran sepasang beruang panda di negara ini sebagai impak positif dalam memantapkan hubungan perdagangan di antara Malaysia dan China.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, perdagangan dua hala yang semakin berkembang akan memberi lebih banyak peluang perniagaan, keusahawanan serta pekerjaan.
"Kita harus memandangnya dari pelbagai sudut, seperti kesan daripada eksport yang mampu mewujudkan perniagaan yang baik," katanya selepas Seminar Pembungkusan, Penjenamaan dan Pembiayaan anjuran bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan SME Corp, di sini, Rabu.
Hamim berkata demikian ketika mengulas tindakan parti pembangkang menjadikan kehadiran pasangan panda, Fu Wa dan Feng Yi di Malaysia sebagai sebagai isu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan kerana mereka mendakwa ia membazirkan wang rakyat.
Katanya, eksport Malaysia ke China bernilai RM100 bilion setahun sejak lima tahun lepas dan ia dijangka meningkat dengan pemberian beruang panda yang menjadi simbol perhubungan akrab kedua-dua negara.
Hamim berkata, kerajaan membelanjakan RM100 juta dalam tempoh 10 tahun untuk menjaga beruang itu, tetapi rakyat harus melihat nilai eksport Malaysia ke China yang dijangka mencecah RM1 trilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Kan dah dikatakan negera ini tak perlu panda2 disewa berjuta ringgit kerana dalam kabinet Najib dah banyak haiwan2 pelik untuk tontonan rakyat. Ini ada seekor lagi spesis lawak tambahan kepada sarkas haiwan untuk dipertontonkan kepada rakyat.
ReplyDelete