Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 28, 2014

Setan Mula Membiak Di Kelantan!

Pelajar Tingkatan 2 Jadi Mangsa Rogol Lebih 30 Lelaki
Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 7:44 AM - mStar

Sumber polis berkata, seorang rakan telah meminta pelajar Tingkatan 2 dari Guchil, Kuala Krai itu untuk mengambilnya di Ketereh.
Mangsa kemudiannya menghubungi rakan lelakinya untuk membawanya ke Ketereh yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Kuala Krai.
Sumber berkata, selepas mengambil rakan mangsa di Ketereh, sahabat lelakinya membawa mereka ke sebuah rumah kosong di Ketereh untuk berehat.
Sebelum meninggalkan rumah tersebut, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki.
Selepas itu, sekurang-kurangnya 40 lelaki masuk ke rumah kosong tersebut dan membawa dua remaja perempuan itu ke dalam sebuah bilik dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.
Tidak dapat dipastikan sama ada rakan mangsa turut dirogol kerana dia belum membuat sebarang laporan polis berhubung insiden itu.
Mangsa, yang pengsan selepas diperkosa sekumpulan lelaki itu tersedar pada keesokan harinya dengan mengadu sakit dibahagian kemaluannya.
Menurut sumber, mangsa yang takut untuk memberitahu kedua-dua ibu bapanya mengenai insiden itu, tinggal di rumah saudara teman lelakinya sehingga 24 Mei lalu.
Selepas itu barulah mangsa memaklumkan kepada bapanya di Kuala Krai mengenai insiden tersebut.
“Apabila di pulang ke rumah pada Ahad, mangsa dibawa ke hospital Kuala Krai kerana kemaluanya mengalami pendarahan yang teruk,” kata sumber.
Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai insiden tersebut pada hari yang sama.
Sumber berkata kes tersebut masih dalam siasatan polis.

1 comment:

  1. Diibaratkan seperti seekor anak rusa yang terlepas dari satu kelompok rusa, maka anak rusa tersebut amat "vulnerable" untuk menjadi makanan pemangsa. Anak2 perempuan terutamanya jika hendak ke tempat sebegitu hendaklah ditemani oleh muhrim. Kebebasan yang dicari tetapi bala yang datang.Tetapi apakan daya nasi sudah menajdi bubur

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa