Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 21, 2014

PRK P76: Isu Utama Dyana

Isu pertama jika Dyana dipilih ahli parlimen Teluk Intan

 | May 20, 2014
50% daripada pengundi berkata bahawa harga barang naik adalah isu yang paling penting
dyana sofyaPETALING JAYA: Jika pengundi Teluk Intan memilih Dyana Sofya sebagai ahli parlimen, isu pertama yang beliau akan bentangkan dalam ucapannya adalah isu harga barang naik.
Katanya, mengikut kajian bebas yang telah dikomisi oleh DAP bulan ini, isu kenaikan kos kehidupan dan inflasi merupakan isu terutama bagi rakyat tempatan.
“ 50% daripada pengundi berkata bahawa harga barang naik adalah isu yang paling penting, manakala 16% pengundi menjawab bahawa isu rasuah adalah isu yang paling penting,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Beliau mendakwa walaupun isu ini jelas merupakan isu yang paling penting bagi rakyat Teluk Intan, tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) langsung tidak bersimpati dan memberikan keprihatinan untuk mengatasi masalah ini.
“Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada empat hari lalu berkata bahawa kerajaan tiada pilihan lain kecuali menaikkan tarif eletrik sekali lagi walaupun ia baru meningkat sebanyak 15% pada bulan Januari tahun ini,” ujarnya,
Malah Najib berkata bahawa “jika tidak naik, TNB akan mengalami kerugian. Kalau rugi, kita terpaksa menggunakan wang rakyat untuk subsidi TNB. Bukan nak bebankan rakyat tetapi realitinya kita tiada pilihan.”
Dyana berasa amat menyesali pendirian Perdana Menteri kerana nampaknya keuntungan TNB adalah lebih penting daripada penderitaan rakyat jelata.
“Apatah lagi, penyata kewangan TNB menunjukkan secara jelas keuntungan berbilion-bilion setiap tahun sebelum ini. TNB mencapai keuntungan bersih RM4.4 bilion pada tahun 2012 dan RM4.6 bilion pada tahun 2013.  Adakah keuntungan ini masih tidak mencukupi?” soal beliau.
Beliau mendakwa selain daripada keutamaan yang telah diberikan kepada TNB, kerajaan pada masa yang sama tidak mengambil tindakan yang keras kepada pihak-pihak yang benar-benar menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Malaysia.
Katanya, laporan akhbar menyebut bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) baru bertindak menyita akaun RM1.5 juta milik pegawai terlibat seludup diesel bersubsidi.
“Angka RM1.5 juta ini tentulah hanya merupakan, mengikut pepatah bahasa Ingeris, “the tip of the iceberg”. Penyeludupan sebegini telah berlaku bertahun-tahun sebelum ini secara besar-besaran tidak diatasi dengan sebarang tindakan keras walaupun adalah pegawai kerajaan sendiri yang menyeleweng,” dakwanya.
Calon DAP itu menambah penyelewangan dan kerakusan yang berlaku secara meluas dalam pengurusan subsidi bahan api telah menyebabkan bil subsidi yang tinggi dan beban kerajaan yang berat.
“Akhirnya, yang terpaksa menanggung ketirisan dan kelalaian kerajaan BN adalah rakyat Malaysia,” ujarnya,
Beliau akan menyeru dalam Parlimen bahawa kerajaan BN mempunyai banyak pilihan selain daripada menaikkan harga barang, tidak seperti yang diulas oleh Najib.
“Kerajaan boleh mengurangkan keutamaan yang diberikan kepada keuntungan berbilion-bilion ringgit setiap tahun syarikat TNB, dan pada masa yang sama, menghapuskan rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan untuk mengurangkan kos bahan api,” katanya.
Akan tetapi, katanya lagi, beliau hanya akan dapat meluahkan rasa hati raykat jika beliau diberikan kepercayaan oleh pengundi dalam PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini.
“Saya amat berharap, pengundi Teluk Intan akan membuat pilihan yang tepat, iaitu menyokong saya, DAP dan Pakatan Rakyat,” tegas Dyana Sofya lagi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa