Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 25, 2014

Satu Lagi Tajuk Akhbar Yang Buat Aku Gelak!

Adakah semua orang Melayu itu Islam?
Adakah semua orang Melayu itu orang UMNO?
Orang-orang asal di Sabah dan Sarawak itu Melayu Islam kah?
Orang-Orang keturunan Siam di Kelantan dan Kedah yang menjadi Ahli UMNO itu Islam dan Melayukah?
Utusan dan UMNO toksahlah nak membangkitkan sentimen perkauman bodoh!
Utusan ingat semua rakyat Malaysia bodoh seperti pengampu@penjilat di Utusankah?
Ini bukan di zaman tahun 50'an
Rakyat dan cerdik dan dah lama faham!

Aku bukan sokong India DAP yang celupar itu
Aku tengok calit kat dahinya tu pun aku dah meluat
Tapi aku benci sikap ganas orang-orang yang mengaku dirinya Islam!
Aku juga meyampah dengan sikap dan pandangan Utusan yang penuh kepuraan, ampu dan mengada-ngada....
Awang Selamat bukan berbisik lagi tapi dah meraung histeria

Hina Umno sama dengan hina Melayu-Islam, kata Utusan Malaysia
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
MAY 25, 2014
Dalam ruangan 'Bisik-bisik Awang Selamat' ditulis, provokasi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer dengan mengatakan 'Umno celaka' keterlaluan dan mengundang kemarahan ramai pihak. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Mei, 2014

Penghinaan terhadap Umno dengan mengatakan parti itu sebagai 'celaka' boleh dianggap sebagai menghina Islam dan Melayu kerana parti itu dinaungi ramai orang Melayu dan Islam, kata kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini.
Dalam ruangan "Bisik-bisik Awang Selamat" beliau berkata, provokasi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer dengan mengatakan "Umno celaka" keterlaluan dan mengundang kemarahan ramai pihak.
"Jangan salahkan pihak lain jika berlaku tindak balas. Ekstremisme mengundang ekstremisme," kata Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini.
Menurut Awang Selamat, tindakan Rayer yang enggan memohon maaf bagi pihak parti boleh diandaikan mendapat restu DAP apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga enggan berbuat demikian.Awang Selamat berkata, DAP sekali lagi menobatkan diri mereka sebagai parti paling rasis kerana setiap kali ada sahaja pemimpinnya yang menghasut, menghina agama dan kaum lain serta memaki hamun.
Katanya, insiden itu membuktikan DAP membawa standard mangkuk tandas ke dalam Dewan.
Akhbar milik Umno itu turut menyeru rakyat Malaysia menasihati Rayer supaya menjalani rawatan kaunseling supaya dapat menjaga tutur kata dan akhlak, sebelum ditempah kecelakaan diri angkara penyakitnya sendiri.
"Awang tertanya-tanya apakah beliau kurang kasih sayang, membesar dengan mencarut, celaru mindanya atau sentiasa mimpi dirasuk syaitan celupar, yang diharap jawapannya - tidak.
"Nasihat Awang, beliau perlu menjalani segera rawatan kaunseling. Malu DAP, ada pemimpin seperti itu yang tidak tahu membezakan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tandas awam yang seminggu tidak bercuci," katanya.
Rayer pada Selasa lalu mengeluarkan perkataan 'Umno celaka' semasa perbahasan sidang DUN Pulau Pinang, sekaligus mencetuskan kemarahan dan beberapa siri protes Umno terhadap DAP.
Tidak berpuas hati dengan Rayer, sekumpulan 60 Pemuda Umno mengganggu persidangan apabila menceroboh masuk DUN pada Rabu lalu, menyebabkan 12 orang ditahan polis namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
Di Kuala Lumpur, kira-kira 50 anggota Pemuda Umno Wilayah Persekutuan membawa sepanduk mengadakan protes dihadapan Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur mengugut untuk membakar bangunan dan merosakkan papan tanda DAP.
Mereka kemudiannya menyerahkan memorandum kepada Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming.
Manakala di Pahang, insiden baling telur dilakukan kumpulan Pemuda Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang membawa bendera negeri dan menyerang pejabat DAP di Kuantan pada Jumaat lalu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyokong tindakan ganas dan mengugut itu apabila menyifatkannya sebagai satu balasan yang perlu dibayar DAP kerana membiarkan ahlinya menghina Umno. – 25 Mei, 2014.

14 comments:

  1. samseng kangkung sokong samseng kongkang ! ABU !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajarkah umno dicelakakan, blogger tlg buat undian.

      Delete
  2. mereka mungkin merasa bahawa muka bumi ini umno yang buat kot

    ReplyDelete
  3. Woit yg korang pegi serbu dun perak tu pasai apa.tk biadap ka..kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Aku melayu pun ckp amno celakakan rakyat melayu... Amno dah menipu melayu banyak dah... Cuma amno kaya kan peminpin depa aja seperti zaid and geng...

    ReplyDelete
  5. Aku dan seluruh kuarga ku Melayu/Islam.....tapi aku tak sokong UMNO parti celaka yang penuh RASUAH tu....!

    ReplyDelete
  6. Orang Melayu ramai yang dah menjadi hina,kerana betina,harta,wang ringgit,berebut jawatan,menjadi penagih,penyeludup,peragut,bapak ayam,perasuah serta berbagai benda buruk lain.Yang bergelar ULAMAQ sanggup mencemar statusnya demi sedikit habuan dunia yang sah haram diharuskan dan bal-bla lagi.Slogan khurafat dilaung-laungkan Takan Hilang Melayu Didunia.

    ReplyDelete
  7. Cilaka...Celaka....Celako
    Khas buat utk pemimpin UMno yg ado
    Ha3

    ReplyDelete
  8. Mana punya fatwa ni, jangan nak sesatkan orang lain laa, kau dah sesat mampus kau laa...

    ReplyDelete
  9. Telatah pemimpin2 dan ahli2 umno mempamerkan ketidakeruan dan histeria seperti dirasuk oleh jin2 belaan sendiri. Cuma orang yg hilang akal akan mengamuk. Jelas parti yg bercampor baur antara melayu, portugis, mamak, Kadazan, orang basal dan sepuluh jenis etnik tapi mengaku 100% melayu dan islam sudah mula gerun memikirkan akan dihumbankan oleh rakyat ke longgokan sejarah.

    ReplyDelete
  10. Aku melayu yg lahir dlm keluarga umno ayh ku adalah salah seorang dapat jemputan dr TAR Pada mlm menurunkan bendera union jack dulu, begitu ori nye darah melayunye aku tetapi aku mula membecii umno apabila mamak mula ada dlm umno ditambah lg bila seorang mamak ni menjajah malaysia khusnye melayu menjadi keagongan umno, dipuja bagitu rupa, melayu umno tertipu hidup2olih mamak ni, aku sokong ulasa LKS terhadap kenyataan Mahadhir baru2 melayu jangan tertipu, sememangnya sah selama ini melayu ditipu sebaba dia yg menipu melayu dan rakyat malaysia dari indentitinya hinggalah .......

    ReplyDelete
  11. Aku pun sama mcm Anon 2:21, melayu islam tapi bukan ahli UMNO, parti yg memang celaka tu. Awang Selamat ni pun satu lagi celaka, cuba memesong minda dgn mengatakan kutuk UMNO sama spt kutuk melayu dan islam.
    Celaka betul UMNO ni.

    ReplyDelete
  12. united malays national organisation...
    bukan bahasa Melayu..bukan tulis Jawi...
    Ahli bumiputera..non muslim..
    Dah la nak bodohkan Melayu..
    Bodohkan ahli sendiri aje...
    Hohoho..

    ReplyDelete
  13. UmNo memang celaka lama dah. Jangan tak tahu & buat bodoh! Sejak sebelum merdeka lagi! Depa celaka sebab sebagaia anak didik penjajah British yang bersekongkol depa sanggup hambat anak bangsa sendiri yang bersusah-payah menuntut kemerdekaan. Pastu buat muka tak malu/ celaka macam la depa "hero" Malaya yang selamatkan tuk nenek kita masa tu.

    Lepas merdeka lagi kuat wayang depa. Buat kerja untuk negara la konon. Buat untuk Islam le sangat. Padahal kebanyakan pemimpin UmNo nya hanya pak turut sistem yang "engineered for bigots to rule". What a shame our people keep on buying their lies time after time.

    Jangan kata orang kita nak tahu pasal hudud, bab solat pun tak lepas-lepas. Tak reti sampai ke tua.

    Lepas berpuluh tahun baru majoriti orang tino tahu nak tutup aurat, ada mahkamah syariah. Sikit aje kemajuan syiar Islam kecuali masjid banyak dibina. Tapi bukan sebab takwa pun...lebih kpd projek untuk kengkawan & penyokong dia saja.

    Mana tak celaka nasib rakyat terbanyak negara ni. Budaya hedonisme yang dijaja pemimpin negara di mana hat jantan tino hanya tahu lalai dalam mentaati arahan & meninggalkan larangan Allah & Rasul.

    Semua sah ni hasil didikan, bimbingan Umno yang celaka.

    Kembalilah kepada Islam kita akan selamat, diredhai Allah d dunia & akhirat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa