KOMEN: Pilihanraya kecil Bukit Gelugor dianggap wakil media tempatan sebagai pertarungan yang membosankan, apabila Barisan Nasional memutuskan tidak menghantar calonnya.
Ketika MCA, yang bertanding di situ pada PRU lalu, mengumumkan menarik diri, pemerhati politik menjangka Ramkarpal Singh dari DAP akan menang dengan selesa.
Namun hari ini (20 Mei) sejarah tercipta apabila salah seorang daripada dua calon bebas yang berusaha menumbangkan Ramkarpal melakukan lagak ngeri.
Abu Backer Sidek Mohamad Zan, berkelulusan undang-undang, melontar dirinya di depan kereta rasmi Mercedes Limo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika ia berhenti di depan kompleks sidang dewan undangan negeri di Esplanade.
Dia melompat di depan kereta dan jatuh tergolek, sambil memberi gambaran pengsan disebabkan ‘perlanggaran’ tersebut.
Kemudian, khalayak yang menyaksikan lagak ngeri itu terdengar jeritan!
Saksi di tempat kejadian mendakwa Abu Backer melompat ke atas bahagian depan kereta, namun beliau mendakwa dilanggar.
Aksi yang berlaku pada jam 2 petang itu dianggap dramatik, dan menarik perhatian ramai.
Lim baru selesai menamatkan sidang akhbarnya dengan Ramkarpal dan menuju ke pejabatnya di Komtar sewaktu masa makan tengahari bagi sidang dewan undangan negeri.
Sebelum itu, Abu Backer mahu bersua muka dengan Lim, tetapi ditegah pegawai keselamatannya.
Beliau mengadakan sidang akhbar di luar bagi menyuarakan rungutannya yang mahu dibawa ke perhatian ketua menteri itu.
Abu Backer berkeliaran secara bersendirian dan memulakan perbualan dengan orang ramai. Beliau turut menyapa sekumpulan ADUN Umno yang tidak mengendahkannya.
Ketika terkujur di jalan raya, jurugambar mengerumuninya. Lim mengarahkan kakitangannya agar duduk di dalam kereta bagi menjaga keselamatan mereka.
Pemandu mengudur kereta dan kemudiannya berlalu.
Kakitangan keselamatan di kompleks itu memanggil ambulan yang tiba beberapa minit kemudian.
Abu Backer mengadu sakit sendi dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang.
Beliau menerima rawatan pesakit luar.
Ini memeranjatkan itu turut didakwa akan dilaporkan ke pihak polis.
Namun pemerhati polis dan ahli politik tidak langsung tertarik dengannya.
Presiden Kongres Melayu P. Pinang Rahmad Isahak menyelar Abu Backer yang didakwa cuba mencuri tumpuan dan memberi imej buruk kepada calon bebas yang bertanding.
Ketua Wanita DAP Chong Eng berkata Abu Backer hanya mahu meraih undi melalui tindakan unik seperti itu.
ADUN Phee Boon Poh berpendapat orang ramai pecaya lagak ngeri Abu Backer disengajakan kerana beliau masih mampu memegang erat dokumennya.
Dua puluh empat jam sebelum kejadian, Abu Backer mengadu tidak mendapat liputan media dan berkata CNN mungkin mampu membuat liputan tentangnya.
Kini beliau menjadi tumpuan kerana sebab yang salah sama sekali.
Wajarkah beliau melompat ke atas sebuah kereta bagi tujuan menarik perhatian?
nie laa agaknya orang kata akai kelin kot? kah kah kah
ReplyDeletehahaha mamak oh mamak!
ReplyDeleteonce mamak, forever mamak.. hidup mamak.
Sakit jiwa apaa
ReplyDeletePelakon paling bodoh sekali di Penang.Nak raih simpati mana tahu dapat jadi ceo badan korperat keris karat.Ini macam punya bodek buat malu kaum saja.Ini macam ountya orang taro ice peti saja lah.
ReplyDelete