mk - MAY 28, 2014
Dr Ridhuan Tee
Pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional, Dr Ridhuan Tee bertanya semua 'ultra kiasu' siapa yang mereka akan sokong jika Lin Dan bermain dengan Misbun? Saya rasa sangat sedih dengan soalan ini.
Saya ialah rakyat Malaysia generasi ketiga. Saya berumur 45 tahun. Datuk saya berhijrah ke Malaysia pada 1923, ketika berumur 19. Dia mati di sini pada 1982, dia tidak pernah fikir hendak balik ke China, dia fasih berbahasa Melayu, senang bergaul dengan Melayu dan India. Dia tidak bencikan orang Melayu atau India, sungguhpun daripada segi agama, budaya, kita semua sangat berbeza.
Ayah saya meninggal bulan lalu pada umur 86 tahun. Kalau soalan ini ditanya kepada datuk dan ayah saya hari ini, siapa mereka sokong, saya rasa mereka akan sokong Misbun, sebab mereka tidak kenal Lin Dan, dan Misbun bermain untuk Malaysia.
Jangan mensyaki kesetiaan orang Cina kepada Malaysia, kami marah bila orang suruh kami balik China. Kami sudah memotong tali perhubungan dengan China, kami hanya lawat sebagai pelancong, bukan sebagai bekas warganegara.Datuk saya tidak setia kepada negara China. Dia hanya setia kepada budaya Cina, kepercayaan Cina, tradisi Cina dan kepada ahli keluarganya yang ramai. Dia berhijrah ke Malaya tanpa duit dan pelajaran, untuk mencari hidup yang lebih baik.
Bagi saya, soalan Ridhuan satu soalan bodoh. Saya rasa tiada rakyat Malaysia yang tidak sayangkan negara. Adakah Datuk Lee Chong Wei akan biarkan Lin Dan menang dalam pertarungan Piala Thomas? Supaya negara China boleh dapat piala? Bukankah semua pemain Piala Thomas 2014 orang Cina? Tidakkah mereka bermain bermati-matian untuk negara? Adakah ketua pelatih Rashid Sidek meragui kesetiaan pemain Malaysia?
Orang Cina di Malaysia yang berupaya untuk berhijrah ke negara barat berbuat demikian untuk masa depan anak mereka, peluang pendidikan yang lebih cerah. Semua rakyat Cina setia kepada negara. Mereka merungut kerana tidak diberi peluang pelajaran dan perniagaan yang sekata. Jika mereka melihat Misbun dan Lin Dan bermain di kaca TV sama ada di Melbourne atau London atau New York, ultra kiasu akan sokong Misbun.
Saya tidak faham kenapa Ridhuan bencikan bangsanya sendiri. Siapa antara ahli keluarga dan kawan-kawan Cinanya dahulu yang ultra kiasu, tidak setia kepada negara, tamak, mempergunakan rakan Melayu mereka, menghina Islam, tidak membayar cukai dengan jujur.
Tentu ada sebab kenapa imej orang Cina begitu buruk dalam matanya. Pada saya, saya bangga sebagai orang Malaysia berketurunan Cina. Saya tidak melihat seseorang itu sebagai orang Melayu atau Cina dahulu. Sebelum seseorang mampu menjadi orang Islam atau Kristian atau Hindu yang baik, mereka harus menjadi manusia yang baik dahulu.
Tolonglah orang yang miskin, bantu orang sakit, jangan mencuri, jangan merompak, jangan merosakkan harta benda awam, jangan biadap, jangan melukakan hati orang lain. Tidak perlu lihat orang yang kita tolong itu Cina, Melayu atau India.
Semua bangsa sama, ada orang yang baik ada buruk dalam semua bangsa. Tiada bangsa yang sempurna dalam dunia ini.
Sungguhpun Ridhuan sekarang beragama Islam dan mahu mengaku dirinya Melayu, itu yang saya boleh lihat daripada penulisan dan percakapannya. Tetapi faktanya dia Cina beragama Islam. Orang ini dengan kebenciannya terhadap bukan Islam hanya satu watak yang dia sedang main. Sebab dia tidak akan berkelakuan begitu jika tiada kelebihan untuk dia berlagak sebagai Melayu. Sanggupkah Ridhuan dapat kerja di mana-mana jika dipecat daripada Universiti Pertahanan.
Apakah pencapaian dia sebagai pensyarah? Siapa yang pernah kagum dengan daya intelek dia? Pamerkan kerja dia di universiti, bagaimana boleh dapat PhD sedangkan Bahasa Inggeris dia teruk dan Bahasa Melayu dia pun hanya mampu perkataan yang kesat dan tidak halus.
Siapa yang semak tesis dia? Ridhuan ini umpama seekor kelawar yang mahu mengaku dirinya burung, sebab ada kepak dan pandai terbang. Tetapi lupa yang dia badan berbulu macam tikus, bukan macam bulu burung dan ada tetek untuk menyusukan anak, tidak mampu bertelur seperti burung. Surat ini sengaja ditulis dalam bahasa yang kasar supaya Ridhuan boleh baca, faham dan ingat. – 28 Mei, 2014.
* Penulis ialah pembaca The Malaysian Insider.
kalau semua orang china begini bagus
ReplyDeletetapi yang jelas sekarang ada satu persoalan kenapa masih ramai yang tidak boleh bercakap bm dengan baik
adakah mereka sudah lupa yang wajib yang patut mereka tahu
57 tahun semua dilahir kan disini
kenapa berat untuk mahirkan bm
Adakah melayu itu bagus dgn bahasa malaysia nya.berikan waima sepatah perkataan melayu yg pernah diucapkan gabenur bank negara.tolong ler......kekadang score cina lebihbaik dari melayu pada ujian bahasa malaysia.
DeleteKalau nak suruh orang Cina mahirkan BM, kamu kena suruh Melayu dahulu memahirkan BM mereka. Kalau Sultan dan Perdana Menteri pun amat berbangga dan amat teruja untuk berbahasa Inggeris, macamana mereka nak mendidik rakyat supaya sukakan bahasa Melayu? Islam amat tidak suka penganutnya menjadi "Munafik" kerana itu dosa "munafik" jauh lebih besar dari dosa menjadi "kafir".
ReplyDeleteKepada Anon 10:53. Jangan tanya orang Cina, tanya orang melayu sendiri kenapa tak pedulikan Bahasa Melayu, lebih megah bercakap inggeris; itu pun lintang pukang. Tak percaya? Tontonlah Tv, lihat dan dengar percakapan Bahasa melayu separa masak dan B Inggeris sekerat2 yang dicakapkan oleh oerang2 Melayu sendiri. Ai say man, don'tlah cakap like that.
ReplyDeletekuasa ada pada siapa yang nak tentukan perkara ini mesti dilaksanakan.ada pada melayu yang perlu dilakukan ketegasan.
ReplyDeleteramai dah buat buat lupa ini asalnya
tanah melayu.kadang ada suara yang ingin tenggelam suasana ini.
ada .sembunyi pun nampak.