Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 21, 2014

Dyana Sofya: Baca Apa Kata Marina

Anak Mahathir puji Dyana Sofya
Anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir memuji calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang menurutnya lebih baik daripada kebanyakan ahli politik sedia ada.

“Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis.

"Itu sudah tiga perkara, lebih baik dari kebanyakan ahli politik," katanya dalam satu tulisan di Facebook.

Beliau merujuk kepada satu tulisan Dyana yang disiarkan di laman The Malay Mail Online, berhubung pendirian peguam muda itu dalam isu kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Selain itu, Marina yang dikenali sebagai aktivis sosial, turut menafikan tanggapan bahawa beliau juga akan menyertai DAP, seperti Dyana.

Beliau malah menganggap perkara itu sebagai satu jenaka dan berkata, tanggapan itu timbul ekoran salah tafsir ke atas satu kenyataan oleh ibu Dyana, Yammy Samat.

"Kononnya ada orang kata saya akan sertai DAP... Ini perkara paling kelakar yang saya pernah dengar sejak sekian lama.

"Saya rasa ada orang salah tafsir apa yang ibu Dyana katakan.

"Tidak, saya tidak sertai mana-mana parti politik. Itu bukan satu-satunya cara untuk berkhidmat kepada negara.

"Dan saya tidak (berminat) untuk bercakap mengenai politik sepanjang masa. Kadang-kadang saya hanya mahu bercakap tentang tenis," katanya. - mk

2 comments:

  1. Abe

    Makin bercelarulah Mahathir dan UMNO BARU dengan kenyataan Marina ni.

    elok kita goreng jeput dulu. Kemudian kita tonton apa gelagat dan reaksi pemuka-pemuka UMNO yang kepanasan akibat strat3gi DAP ini.

    Buat masa ini reaksi pertama t3lah kita dengar dari Ahmad Maslan,ketua penerangan UMNO. Dia kata tak salah guna sekolah untuk ceramah....hahaha.

    Kita t3ngok apa reaksi parti kompon3n ke 15 BN ia itu SPR mengenai oenyataan Ahmad Maslan ini.

    ReplyDelete
  2. Thankfulness to my father who told me concerning this blog, this blog is truly remarkable.


    My web-site - plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa