Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 21, 2014

Penangan Dyana: UMNO Jadi Tak Tentu Hala......

Gelabah kerana Melayu dah mula tak pandang?
Buang tabiat?
Tapi takkan dah nyanyuk?

Umno menentang semua Melayu yang tidak menyokongnya
TELUK INTAN: Tumpuan yang diberi terhadap ahli atau calon-calon DAP berbangsa Melayu termasuk Dyana Sofya Mohd Daud terhasil akibat permainan media arus perdana kawalan Umno.
Bekas calon DAP bagi Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim memberitahu theantdaily bahawa “media arus perdana Umno bertanggungjawab melabel Dyana sebagai calon Melayu DAP”.
Pada 18 Mei, Utusan Malaysia mendakwa DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai calon bagi kerusi parlimen Teluk Intan bagi “merubah imejnya”. Utusan juga mendakwa Dyana akan satu hari nanti meninggalkan parti itu seperti ahli-ahli berbangsa Melayu sebelumnya.
“Awang percaya satu hari nanti, seperti ramai bekas pemimpin Melayu DAP, Dyana akan turut meninggalkan parti dengan penuh sesalan.
“Kini, biarkan DAP menampilkannya, sebelum dia jatuh tersungkur terpalit lumpur. Dia akan hilang nilainya kelak,” ujar Awang Selamat, nama panggilan yang diguna pengarang akhbar Bahasa Melayu itu.
Mahdzir mengulas kritikan yang dilempar ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa Dyana hanya ditonjolkan selaku calon di Teluk Intan bagi merubah imej DAPsebagai parti yang dipenuhi amalan rasis.
Di dalam tulisannya di akaun Twitter, Abdul Rahman melemparkan kritikan terhadap DAP yang didakwanya bersikap hipokrit di dalam pendirian parti itu menyebar politik berdasarkan kaum.
Ini menyebabkan berlaku pertelagahan di antara Abdul Rahman dan beberapa pemimpin DAP termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta ahli parlimen Serdang Ong Kian Ming.
Ia bermula dengan tweet Abdul Rahman yang ditujukan kepada Dyana Sofya: “@mpkotabelud Lucu melihat DAP cuba menggambarkan dirinya parti yang tidak mengambil kira ras tetapi asyik mengingatkan tentang calon berbangsa Melayu #PRKTelukIntan @dyanasmd. #facepalm #repost”.
Abdul Rahman kemudian menempelak Lim dan Ong dengan berkata: “Kemudian DAP memperkenalkanya sebagai peguam bijak. Hentikanlah. Tak perlu sebut bangsanya. Jangan bersikap rasis. @dyanasmd”.
“Dyana calon yang berkredibiliti. Pencalonan ini tiada kaitan dengan hakikat beliau berbangsa Melayu atau DAP sedang merubah imejnya,” ujar Mahdzir ketika ditemui di ceramah Pakatan di Teluk Intan pada malam Isnin lalu.
“Inilah persepi yang cuba ditimbulkan media arus perdana bagi meletak label “DAP Melayu” ke atas calonnya...Mereka tidak lihat melangkaui warna kulit atau menilainya sebagai pemimpin muda yang bijak,” katanya.
Peguam berusia 27 tahun ini diperhati pengkritik yang mendakwa beliau mengenakan baju kurung dan berselendang bagi menambat hati pengundi Melayu di Teluk Intan.
Namun, bagi penyokongnya, Dyana merupakan calon Pakatan Rakyat yang akan diundi mereka tanpa mengambilkira latar belakang etniknya.
“Samada dia mengenakan tudung atau sebaliknya, itu pilihan peribadinya. Kami melihat kejujuran dan keinginan beliau berkhidmat bagi masyarakat di sini,” ujar seorang pengundi tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Rabiatul.
“Pilihan peribadinya tidak perlu dibicarakan. Beliau berpendidikan dan mampu membuat pendiriannya sendiri,” ujar Rabiatul yang bertudung labuh itu. 
Seorang lagi pengundi menyatakan bahawa imej Dyana bukan menjadi persoalan.
“Mungkin satu hari nanti dia akan mengenakan tudung.
“Buat masa sekarang, penyokong BN bersikap hipokrit kerana menyerang peribadinya hanya kerana dia tidak bertudung,” kata wanita itu.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang juga pengarah pilihanraya Teluk Intan bagi DAP berkata serangan peribadi ke atas Dyana tidak memudahkan parti itu.
“Kami dikritik sebagai anti-Melayu di dalam dua dekad kebelakangan ini.
“Ketika tahun 70an dan 80an, DAP memiliki ramai ahli Melayu tetapi ia menurun selepas kebangkitan sentimen Melayi di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pua berkata DAP kini cuba mengembalikan sokongan dari kalangan komuniti Melau melalui usaha mengetengahkan slogan “Malaysian Malaysia”nya.
Jelas sekali, DAP akan berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan kerusi Teluk Intan yang dimenangi mendiang Seah Leong Peng yang meninggal dunia akibat kanser.
Pemimpin parti itu Lim Kit Siang memberitahu theantdaily beliau tidak memikirkan serangan peribadi terhadap Dyana.
“Saya tiada masa melayan Kota Belud. Boleh anda tulis begitu?” katanya sebelum bergegas bagi sesi kempennya selama dua minggu ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa