Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 24, 2014

Wanita Anggun Ini Ditahan Tentera

Di Thailand mereka boleh tahan semua pembesar kecuali Raja
Di Israel, seganas-ganas Yahudi bekas PM dan bekas Presiden juga kena tahan

Bekas PM Thailand Ditahan Pihak Kerajaan Tentera
Yingluck Shinawatra ditahan kerajaan tentera Thailand pada Jumaat.

BANGKOK: Kerajaan tentera Thailand   menahan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan ahli keluarganya pada Jumaat  selepas mengarahnya dan menteri lain untuk hadir berbincang sehari selepas tentera merampas kuasa daripada kerajaan sementara. 

"Kami sudah menahan Yingluck, saudara perempuan dan ipar lelaki," kata bekas pegawai kanan tentera. 

Dua lagi saudaranya memegang jawatan kanan dalam politik. 

"Kami akan berbuat demikian untuk tidak lebih daripada seminggu, itu akan terlalu lama. 

"Kami cuma perlu membetulkan keadaan dalam negara dulu," kata pegawai itu yang enggan memberitahu lokasi Yingluck ditahan.  - sumber

1 comment:

  1. Di Malaysia ini, dah jelas dan terbukti penjenayah pun boleh dibebaskan. Undang2 musang berjanggut!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa