Bagaimana pula dengan jual air dengan harga zaman kuno kat Singapura?
Juga Mahathir dah lupakah apa yang dilakukan di Sabah?Jual pasir ke Singapura ibarat jual negara sendiri, kata Dr Mahathir
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
MAY 31, 2014
Aktiviti menjual pasir ke negara jiran sama seperti jual wilayah sendiri ke negara asing, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Gambar fail The Malaysian Insider.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad menyifatkan aktiviti penjualan pasir ke negara jiran sama seperti menjual wilayah sendiri ke negara asing.
Dr Mahathir yang berkhidmat paling lama sebagai perdana menteri berkata, negara sudah merdeka daripada jajahan British lebih setengah abad lalu tetapi tabiat menjual tanah kepada negara asing masih kekal walaupun undang-undang melarang kegiatan itu dilakukan.
"Dengan digunanya tanah negara ini untuk memperbesarkan wilayah negara lain, hasilnya tidak banyak berbeza dengan penjualan wilayah kepada negara asing, seperti yang dilakukan dahulu," katanya dalam tulisan melalui blognya.
Katanya, persaingan antara dua negara menebus tanah di selat masing-masing hanya akan menguntungkan golongan kapitalis memiliki kondominium mewah dan hartanah di kawasan pembangunan bandar baru yang mahal.Beliau turut menegur aktiviti tebus guna tanah di pesisir Selat Tebrau yang giat dijalankan dan menyebabkan nilai tanah meningkat tinggi.
Sebaliknya, rakyat sendiri terutamanya orang Melayu akan mengulangi sejarah zaman British dengan menjual tanah milik mereka kepada orang asing apabila ditawarkan dengan harga yang tinggi.
Beliau berkata, selepas tanah habis dijual, orang Melayu akan menjadi penumpang di negara sendiri apabila berpindah ke kawasan lebih jauh dari bandar untuk mendirikan rumah dan tinggal di pinggir hutan.
"Tak mengapalah kita dapat duit banyak. Pinggir hutan amat selesa.
"Kalau kita ternampak sebagai penumpang di negara sediri, itu pun tak mengapa.
"Selagi boleh jual negara sendiri apa salahnya menjadi penumpang," katanya penuh sindiran.
The Edge Review melaporkan projek tebus guna tanah dan pembangunan besar-besaran yang disokong oleh keluarga diraja Johor mencalar hubungan baik antara Malaysia - Singapura.
Memetik sumber dalam ruangan Informer, akhbar itu melaporkan syarikat Country Gardens Holding Co Ltd daripada China mendapat hak daripada kerajaan Johor untuk menebus guna sebanyak 2,000 hektar tanah di pantai Johor untuk projek perumahan mewah.
Projek bernilai berbilion dolar itu akan memanjangkan pantai Johor di Link Kedua sehingga ke tepi sempadan yang memisahkan Malaysia dan Singapura sehingga menimbulkan rasa tidak senang negara republik itu.
Memetik sumber, akhbar itu berkata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar merupakan individu di belakang projek itu, yang sedang dipromosikan secara aktif oleh ahli politik yang berkuasa di Johor.
Katanya, walaupun Singapura masih belum bersuara secara terbuka, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan sedang menghadapi dilema menangani kebimbangan yang akan dibangkitkan oleh Singapura. – 31 Mei, 2014.
ibarat menjual negara sendiri banyak lagi bukan pasir saja
ReplyDeletekalau bukan dia yang buat macam macam dikatanya
kalau dia yang buat ai akai indu pun mai buat buat lupa pulak
matde o matde
Lps neh anak cucu kita terima la akibat dr pilih umngok.
ReplyDeleteApa yg boleh nak jual semua dibuatnya.