Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 30, 2014

Mangsa Culik Dekat Semporna Diselamatkan

Warga China dan Filipina yang diculik berjaya diselamatkan
MI - MAY 30, 2014
LATEST UPDATE: MAY 30, 2014 08:46 PM
Warga China, Gao Huayuan, 29, dan warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, yang diculik dari sebuah resort di Sabah April lalu berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa.
Menurut The Star, tidak ada sebarang wang tebusan dibayar kepada penculik.
Kedua-dua mereka diculik oleh tujuh anggota kumpulan bersenjata dari Singamata Adventures and Reef Resort dekat Semporna, Sabah 3 April lalu, kira-kira 10.30 malam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tweetnya petang ini memaklumkan kerjasama antara Malaysia dan Filipina berjaya membebaskan kewdua-dua wanita ini.Mereka kemudiannya dibawa lari ke kepulauan Filipina dan berjaya diselamatkan pihak berkuasa hari ini.
"Saya baru saja dimaklumkan oleh PDRM bahawa dua wanita yang diculik dari resort di Sabah April lalu berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa.
"Kita akan mengambil langkah untuk menghantar warga China itu ke rumah beliau dengan segera.
"Tiada sebarang wang tebusan dibayar untuk membebaskan mereka. Kejayaan adalah kerana kerjasama pasukan keselamatan antara Malaysia dan Filipina. Saya berterima kasih kepada semua pihak-pihak yang terlibat," kata Najib dalam laman Twitternya.
Mereka membawa lari Gao yang berasal dari Shanghai dan Marcy, pekerja resort dan menuntut wang pampasan.
Awal bulan ini, warga China, Yang Zai Lin, 34, diculik kumpulan Abu Sayyaf dari sebuah ladang ternak ikan dekat Pulau Babi, Lahad Datu dan dibawa lari dengan bot laju.
Pada November tahun lalu, pelancong Taiwan Chang An Wei diculik dari Pulau Pom Pom manakala pasangannya, Li Min Hsu ditembak mati.
Chang dibebaskan sebulan kemudian selepas wang tebusan dibayar kepada kumpulan Abu Sayyaf melalui orang tengah. – 30 Mei, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa