Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 26, 2014

Pulaak Daah!

Ini adalah isu rebutan sebenarnya
Tapi macam mana BN nak nak bawa isu kaum?
Dah memang yang bertanding kat situ wakil BN adalah Cina Gerakan
Kalaulah calon dari UMNO yang bertanding kat situ dah awal-awal lagi UMNO dan juak-juaknya akan memainkan isu yang sama

Belum apa-apa lagi Zahid dah pun ugut anggota RELA tapi SPR kata tak salah sebab Zahid hanya beri ingatan!

Aku bukan sangat nak sokong kenyataan Anwar tetapi walau siapa pun isunya adalah di situ

Di Teluk Intan, Anwar main isu kaum untuk pancing undi
OLEH ANISAH SHUKRY
MAY 26, 2014
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapannya bersama calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang di Teluk Intan semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Mei, 2014.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Dyana Sofya Mohd Daud akan menjadi ahli Parlimen Melayu pertama di Teluk Intan sekiranya beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) 31 Mei ini, ketika serangan karakter ke atas beliau dalam Internet semakin memuncak.
Dalam ceramah di Kampung Terengganu, Teluk Intan di hadapan kira-kira 200 masyarakat Melayu tempatan, Anwar berkata mereka akan dapat melihat buat kali pertama kaum sendiri menjadi wakil di Parlimen itu.‎
"Ini kali pertama Teluk Intan menyaksikan calon Melayu bertanding di kerusi ini. Di Teluk Intan ini, di mana kaum Melayu tidak pernah menang, kita sekarang bawa calon kaum Melayu yang muda, berkemampuan," kata Anwar.
Anwar memberitahu orang ramai tiada harapan sekiranya orang ramai mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, yang juga merupakan presiden Gerakan."Dyana mewakili Pakatan Rakyat. Dan beliau adalah suara kepada orang muda. Beliau mahu keadilan kepada semua."
Anwar mendakwa selaku ahli Parlimen Permatang Pauh, beliau menyaksikan bagaimana kaum Melayu diabaikan di bawah pemerintahan Gerakan sebelum DAP menawan negeri Pulau Pinang pada 2008.
"Umno kata 'hidup Melayu'. Tetapi mereka rompak tanah dan kekayaan orang Melayu dan hanya tolong kroni mereka. 'Hidup Melayu'? Bodoh!" kata Anwar.
"Sekarang mereka serang Dyana dengan teruk. Kadangkala Umno terlupa untuk hina saya kerana terlalu asyik memikirkan untuk jatuhkan Dyana," katanya.
Lawan Dyana melakukan serangan peribadi dan ke atas karakter beliau, malah melabelnya sebagai pengkhianat kepada Umno, parti di mana ibunya merupakan ahli.
Gambar seakan-akan Dyana berbikini juga tersebar meluas dalam Internet, pengkritik melihatnya sebagai usaha untuk memburukkan imej "keMelayuan" beliau kepada pengundi.
Malahan, poster bikini itu juga menjadi modal kempen apabila disebarkan ke kawasan surau dan perkampungan Melayu sekitar Teluk Intan.
Kerusi Teluk Intan mempunyai 23,301 pengundi Melayu (38.6%), 25,310 pengundi Cina (41.9 %) dan 11,468 pengundi India (19%).
DAP pertama kali memenangi kerusi yang dikenali sebagai Teluk Anson dalam PRU 1969 apabila Chan Fu King mengalahkan Menteri Kesihatan dari MCA, Dr Ng Kam Poh.
Bagaimanapun, sejak persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen pada 1974, 1984 dan 1993, kawasan Parlimen Teluk Anson berubah komposisi dan pengundinya yang menyebabkan calon-calon Gerakan hanya memenangi kerusi itu mulai PRU 1974.

Calon DAP, M Kula Segaran memecahkan tradisi itu apabila memenangi kerusi itu pada 1995. – 26 Mei, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa