Dia tidak akan berada di kedudukannya sekarang jika tidak kerana UiTM
PETALING JAYA: Soal sama ada ibu Dyana Sofya telah atau tidak menyertai (atau masih ahli) Perkasa tidak sepatutnya timbul kerana bukan ibunya yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak, hal ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana Tan Sri Shahrir Samad, abang kepada orang kuat PAS Shah Alam, Khalid Samad bukan sahaja seorang anggota kanan Umno tetapi pernah menganggotai Kabinet Persekutuan.
“Organisasi atau parti politik yang disertai oleh anggota keluarga tidak seharusnya dijadikan isu yang hanya membuang masa membincangkannya.
Lagipun, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang memberikan kebebasan berpersatuan jadi tidak menjadi masalah untuk kita menyertai mana-mana persatuan kerana setiap individu berhak berbuat demikian melainkan ia sebuah organisasi pengganas,” katanya dalam posting blognya yang terbaru www.sskeruak.blogspot.com
Jelasnya lagi, apa yang menarik perhatian ialah suatu perkara yang disangkal selama enam hari yang lalu kini disahkan sebagai benar lantas ia merupakan satu pembohongan yang bertujuan semata-mata untuk memesongkan pemikiran pengundi Teluk Intan.
“Inilah perkara yang perlu difikirkan semasak-masaknya oleh para pengundi kawasan Parlimen Teluk Intan,” katanya.
Bukan itu sahaja, dapat dilihat juga Dyana Sofya menyatakan tentangannya terhadap dasar UiTM, sebagai sebuah universiti yang memberikannya pendidikan.
“Dia tidak akan berada di kedudukannya sekarang jika tidak kerana UiTM dan kini dia menentang institusi yang memberikannya tempat yang lebih cerah di bumi Malaysia,” katanya.
Tambahnya, adalah tidak adil kepada berjuta-juta orang Melayu lain, kerana dalam beberapa dekad mendatang, mereka juga memerlukan peluang yang sama dinikmati oleh Dyana Sofya.
“Tindakan Dyana Sofya ini seumpama cuba menutup pintu atau peluang kepada orang lain selepas memperolehi apa yang diidamkannya selama ini,” ujarnya.
Hal ini kerana kenyataan yang dibuat oleh Dyana Sofya, ditambah pula penyokong pembangkang kini mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan meminta diperjelaskan sama ada peruntukan Perkara 153 itu membenarkan institusi seperti UiTM wujud dan dalam erti kata lain, adakah penubuhan UiTM melanggar Perlembagaan Malaysia?
“Orang Cina nampaknya memburuk-burukkan Dr Ridhuan Tee Abdullah dan menggangapnya sebagi pengkhianat kepada bangsa mereka selain mengatakan tokoh pendidik itu sebenarnya berdepan dengan krisis identiti.
“Andaikata ada orang Melayu menuduh Dyana Sofya seperti itu, tuduhan akan dianggap sebagai berbau perkauman,” katanya.
Jelas Salleh lagi, Dyana Sofya kini berada di tempat yang lebih baik hasil nikmat pendidikan yang diperolehi daripada UiTM.
Tambah Salleh lagi, apa yang menyedihkan adalah Dyana pula mencadangkan agar pelajar Melayu lain yang ingin melanjutkan pelajaran ke UiTM dinafikan peluang, sedangkan Dyana sendiri mendapat manfaat daripada universiti itu.
“Adakah dia akan bercakap dengan cara yang sama jika Dyana terperangkap di kampung dan bekerja menjaga ayam kerana tidak berpeluang menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi atau unversiti?”
Keruak ni faham ke apa yg diperjuangkan oleh Dyana? Apa yg Dyana perjuangkan ialah penubuhan satu IPTA seumpama UiTM untuk bukan bumiputera. Universiti Tunku Abdul Rahman itu adalah IPTS berorientasikan keuntungan dan tentu dicaj tinggi, ia bukan IPTA. Jika tidak faham duduk perkara, lebih baik diam supaya kebodohan tidak terdedah. Entah2 IPTA dan IPTS pun tak tahu nak bezakan.
ReplyDeleteWow, this paragraph is good, my sister is analyzing such things, therefore I am going to inform her.
ReplyDeleteLook at my blog; plenty of fish dating site of free dating
Good day! Do you use Twitter? I'd like to follow you if that would be okay.
ReplyDeleteI'm definitely enjoying your blog and look forward to
new posts.
Also visit my homepage :: plenty of fish dating site of free dating