Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 25, 2014

Siapakah Ahli Politik Bangsat Ini?

RM4,000 pun nak dibedalnya!

Ahli politik ditangkap ketika cuba minta rasuah
24 Mei 2014

KUALA LUMPUR - Seorang ahli politik telah ditahan oleh pegawai SPRM dalam sebuah operasi di Selangor, semalam.
 
Menurut sumber dari News Straits Times, suspek berusia 32 tahun itu dikatakan sedang meminta wang rasuah sebanyak RM4,000 dari seorang wakil syarikat swasta.
 
 "Suspek didakwa meminta sejumlah wang daripada syarikat itu jika mereka mahu melanjutkan kontrak yang telah tamat."

 "Selepas menerima laporan itu, sepasukan pegawai SPRM dan wakil syarikat merancang operasi tersebut serta suspek ditahan selepas mereka mengadakan mesyuarat di sebuah premis makanan di AU5 Hulu Klang pada pukul 5 petang semalam," katanya.
 
Difahamkan, suspek yang merupakan seorang tokoh terkemuka dari sebuah parti politik daerah Gombak itu kini berada di bawah pengawasan pihak SPRM bagi siasatan lanjut.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad ketika dihubungi semalam telah mengesahkan penangkapan itu walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai insiden terbabit

3 comments:

  1. Ada beberapa kemungkinan:
    1. Ia adalah aktiviti rasuah sebenar
    2. Ia diatur bagi menjerat seolah2 menerima rasuah
    3. Ia transaksi legal tersalah anggap sebagai rasuah
    Siasat dgn telus dan adil. Pesalah mesti dihukum tapi jika tertuduh tidak bersalah, siasat dan dakwa dalangnya.

    ReplyDelete
  2. Tentu dari parti pembangkang di Selangor yang memang sifat mereka suka kepada benda-benda haram. Kalau dari parti yang memerintah Selangor dah SURE HEBOH atas paper atau TV! - Celakalah untuk yang tertangkap itu

    ReplyDelete
  3. Kalau mangkuk ni dari umno celaka, dia akan terlepas kerana umno celaka ni above the law! Tu sebab umno ni layak dipanggil celaka haramjadah!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa